web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mahkamah Tinggi Bebas Bung Moktar, Zizie Izette Daripada 3 Tuduhan Rasuah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 07 Sep 2023 3:46PM

Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin (tiga, kiri) dan isteri, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad (dua, kiri) hadir di Kompleks Mahkamah Jalan Duta pada 14 Julai lalu, bagi sebutan permohonan semakan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen memerintahkan pasangan itu membela diri atas pertuduhan rasuah. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskan Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad daripada ketiga-tiga pertuduhan rasuah yang dihadapi mereka.

Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan pasangan itu untuk semakan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen yang memerintahkan mereka membela diri atas tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta membabitkan pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual Berhad.

Bung, 63, kelihatan tenang manakala Zizie Izette, 44, menangis selepas mendengar keputusan itu.

Hakim memutuskan bahawa adalah sesuai dan wajar untuk melaksanakan kuasa penyemakan di bawah Seksyen 323 Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) dalam kes itu.

“Setelah meneliti rekod prosiding, mahkamah ini mendapati tiada bukti saksi pendakwaan ke-24 iaitu ejen pelaburan Public Mutual Berhad, Madhi Abdul Hamid dan saksi pendakwaan ke-25, perunding Unit Amanah, Norhaili Ahmad Mokhtar telah memberikan wang kepada Bung Mokhtar melalui isterinya. 

“Jadi keputusan Mahkamah Sesyen untuk memanggil pembelaan adalah satu kesalahan dalam melaksanakan keadilan. Saya dengan ini menggunakan Seksyen 325 KTJ untuk membebaskan dan melepaskan kedua-dua mereka,” kata hakim itu.

Pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Low Chin How manakala peguam Datuk K. Kumaraendran dan M. Athimulan masing-masing mewakili Bung Mokhtar dan Zizie Izette.

Mahkamah Sesyen, pada 2 Sept tahun lalu, memerintahkan Bung Mokhtar dan Zizie Izette membela diri atas ketiga-tiga pertuduhan rasuah itu. Ini mendorong mereka memfailkan permohonan semakan di Mahkamah Tinggi terhadap keputusan Mahkamah Sesyen. 

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi  menolak permohonan mereka tanpa mendengar merit permohonan selepas membenarkan bantahan awal pendakwaan terhadap permohonan itu.

Pasangan itu kemudiannya memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan dan pada 7 Julai 2023, mereka berjaya dalam rayuan dan mahkamah menghantar semula permohonan semakan kepada Mahkamah Tinggi untuk merit permohonan didengar.

Pada 3 Mei 2019, Bung Moktar yang ketika itu pengerusi bukan eksekutif Felcra didakwa atas dua pertuduhan menerima rasuah RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan untuk mendapatkan kelulusan Felcra untuk melabur RM150 juta dalam unit Public Mutual amanah.

Beliau didakwa menerima suapan daripada ejen pelaburan Public Mutual Berhad, Madhi melalui Zizie Izette di Public Bank Cawangan Taman Melawati di sini antara 12.30 tengah hari hingga 5 petang pada 12 Jun 2015.

Bung Moktar turut didakwa menerima wang tunai RM337,500 daripada perunding Unit Amanah, Norhaili atas nama Zizie Izette atas sebab dan tempat yang sama pada 19 Jun 2015, manakala Zizie Izette berdepan tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara itu di tempat, tarikh dan masa yang sama. 

Sebelum ini, Hakim Mahkamah Sesyen Rozina Ayob menetapkan 23 Sept 2022 untuk Bung Moktar dan Zizie Izette membela diri.

Pada 23 Sept 2022, Mahkamah Tinggi di sini membenarkan permohonan mereka untuk menangguhkan prosiding pembelaan sementara menunggu selesai permohonan semakan mereka.

Perbicaraan telah ditetapkan pada 20 Julai 2023, tetapi ditangguhkan sekali lagi sementara menunggu selesai permohonan semakan.

Mahkamah Sesyen telah menetapkan 13 Sept untuk sebutan kes bagi kedua-dua pihak mengemas kini kepada mahkamah mengenai permohonan semakan yang telah didengar di Mahkamah Tinggi hari ini. - BERNAMA 

Berita Berkaitan

1

Semasa 23 jam yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

2

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi

3

Semasa 2 hari yang lalu

Nahas 5 Maut: Remaja Disyaki Memandu Secara Berbahaya, Melulu, Direman

4

Semasa 4 hari yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Mesyuarat PH Negeri Sembilan Fokus Isu PRN, Bukan Mesyuarat Khas

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas Di Lebuhraya AMJ: Bayi Lelaki Terpelanting Keluar Disahkan Selamat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 18 jam yang lalu

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun