web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Agihan Kerusi PRN Diputuskan Hujung Mei - Bung Moktar

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 May 2023 7:05AM

Bung Moktar Radin berkata, mesyuarat itu turut membincangkan hala tuju dan perancangan untuk memperkasa parti dalam berhadapan dengan PRN - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Agihan kerusi untuk parti politik dalam Kerajaan Perpaduan bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kedah, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Selangor, Kelantan dan Terengganu akan dimuktamad hujung Mei ini, kata Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO Datuk Seri Bung Moktar Radin.

“(Agihan kerusi) Belum muktamad dan di peringkat negeri, diminta bincang dan belum diputuskan… ,” katanya selepas menghadiri mesyuarat MT parti itu yang dipengerusikan oleh Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di sini malam tadi..

Beliau berkata mesyuarat itu turut membincangkan hala tuju dan perancangan untuk memperkasa parti dalam berhadapan dengan PRN. 

Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Kelantan dan Terengganu bakal mencapai tempoh matang dan terbubar secara automatik pada akhir Jun ini manakala Kedah, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang akan terbubar pada Julai serta Ogos.

Suruhanjaya Pilihan Raya sebelum ini menyatakan bahawa PRN di keenam-enam negeri sesuai dilaksana pada Ogos selepas kesemua DUN mencapai tempoh matang.

Seorang lagi Ahli MT UMNO Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi pula berkata mesyuarat turut mendengar penjelasan Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan berhubung saranan beliau agar ahli parti itu mengundi DAP pada PRN kali ini.

“Ahmad Maslan beri penjelasan bahawa dia sebenarnya mengajak ahli menyokong calon Kerajaan Perpaduan, itu sahaja… tiada sebut pasal DAP pun… Kita terimalah penjelasan itu. Kita nak Kerajaan Perpaduan kekal hingga cukup penggal,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Perintah Bela Diri Bung Moktar, Isteri Bercanggah Dengan Keterangan Di Mahkamah

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Kesian Pak Cik, Kan Dah Terlentang

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Mahkamah Tinggi Bebas Bung Moktar, Zizie Izette Daripada 3 Tuduhan Rasuah

4

Politik 2 tahun yang lalu

Petisyen Pilihan Raya 4 Kerusi Dikemukakan Dalam Masa Terdekat - MB Selangor

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 11 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar