web statsweb stats

Berita Terkini

6 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sudahlah Penerbangan Kurang, Tiket Pun Mahal, Ada Mencecah RM3,000 Sehala – Bung

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Apr 2023 4:00PM

Menurut Bung Moktar Radin, harga tiket yang terlalu mahal sehingga ada mencecah RM3,000 sehala, menyebabkan ramai penduduk di negeri itu tidak dapat pulang ke kampung halaman untuk berhari raya - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin meluahkan kekecewaannya terhadap harga tiket penerbangan ke Sabah sempena Aidilfitri yang disifatkan sebagai tidak masuk akal.

Menurut beliau, harga tiket yang terlalu mahal sehingga ada mencecah RM3,000 sehala, menyebabkan ramai penduduk di negeri itu tidak dapat pulang ke kampung halaman untuk berhari raya.

Susulan itu, Bung berkata, beliau menghubungi Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, tiga hari lalu untuk memaklumkan mengenai perkara tersebut dan meminta penerbangan tambahan antara Sandakan dan Kota Kinabalu.

Katanya, Anthony bersetuju untuk menambah penerbangan ke destinasi tersebut pada 18, 19 dan 20 April ini.

Pada masa sama, beliau turut meminta Anthony untuk berbincang dengan syarikat penerbangan supaya menurunkan harga tiket ‘cekik darah’, agar rakyat Sabah dapat berjumpa sanak saudara pada sambutan Aidilfitri kali ini.

“Persoalan sekarang ramai penduduk rakyat Sabah di Semananjung yang hendak balik beraya di kampung halaman di Sabah, tapi malangnya harga tiket terlalu mahal dan tidak boleh diterima otak waras.

“Beribu-ribu ringgit, sehala sahaja ada yang RM3,000. Saya minta Menteri Pengangkutan bicaralah dengan syarikat penerbangan janganlah menghisap darah rakyat.

“Rakyat Sabah bukannya semua berkemampuan. Mereka hanya sekadar nak balik beraya dan berjumpa sanak saudara satahun sekali,” katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.

Sementara itu, Bung yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, menggesa syarikat penerbangan tidak mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan pada musim perayaan.

“Kita difahamkan mulai Mei ini, penerbangan Firefly pula akan beroperasi di laluan domestik Sabah.

“Siapapun syarikat penerbangan yang melakukan operasi, tolong jangan terlalu mengaut keuntungan, jangan dera rakyat Sabah,” katanya.

Selain Bung, isu tersebut turut mendapat perhatian mantan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong yang mendakwa tiket penerbangan sehala untuk kelas ekonomi dari Kuala Lumpur ke Tawau, Sabah menjelang Aidilfitri, iaitu pada 20 April menjangkau RM3,138.

Katanya, harga dikenakan itu amat mengejutkan dan mengecewakan orang ramai, khususnya pengguna pengangkutan awam terbabit.

Beliau berkata, harga tiket itu mencetuskan persoalan bagaimana keluarga kurang berkemampuan, B40 dan M40, khususnya warga Tawau di perantauan dapat membelinya untuk pulang beraya pada tahun ini.

Menurutnya, kini bukan waktu situasi COVID-19 membimbangkan, selain menyaksikan sektor penerbangan beransur pulih dan kebanyakan pesawat tidak lagi didaratkan di lapangan, seperti ketika pandemik.

Justeru, katanya, syarikat penerbangan tiada alasan untuk tidak menambah frekuensi, selagi ada kemampuan dan tiada lagi sekatan ‘passenger load’ (had penumpang) sebanyak 50 peratus, seperti sewaktu COVID-19 yang memberi justifikasi harga tambang penerbangan melonjak tinggi. - Getaran, 16 April 2023

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Pesawat United Airlines Mendarat Cemas Selepas Roda Tercabut Semasa Berlepas

2

Jelajah 1 tahun yang lalu

Vietjet Luaskan Penerbangan Ke Destinasi Pantai Popular Di Vietnam, Promosi Tiket Setiap Jumaat

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Penumpang Teruja Juruterbang Pasang Lagu 'Bey Sobar Bey'

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Alamak, Tersilap Langkah! Kru Darat Syarikat Penerbangan Jatuh Dari Pesawat

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam