web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sultan Selangor Zahir Dukacita Baca Komen Keterlaluan Netizen Di Media Sosial

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Oct 2022 10:00AM

Sultan Sharafuddin Idris Shah - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA SELANGOR - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menzahirkan rasa kecewa baginda apabila membaca komen-komen keterlaluan dalam kalangan netizen di media sosial, yang mengeluarkan ayat-ayat berunsur fitnah, cacian dan hasad dengki. 

Sultan Sharafuddin bertitah lebih mengecewakan apabila ayat-ayat penghinaan itu pula disokong oleh netizen yang lain tanpa usul periksa dan jika tidak dibendung dan ditangani dengan bijak dari semasa ke semasa, ia dikhuatiri akan merosakkan pemikiran masyarakat khususnya generasi muda.

 “Sejak kebelakangan ini, kemunculan gejala fitnah-fitnah dan berita-berita palsu yang semakin berleluasa telah menyebabkan ketegangan di antara kumpulan-kumpulan tertentu dalam masyarakat kita. 

“Beta tidak mahu gejala-gejala seumpama ini terus menular sehingga boleh menjejaskan keharmonian rakyat dan kekuatan perpaduan untuk jangka masa panjang,” titah baginda ketika majlis pelancaran Masjid Diraja Masjid Raja Lumu di sini hari ini.

Sultan Selangor turut menekankan perpaduan dalam kalangan orang Melayu amat penting dan perlu dipelihara demi masa depan generasi yang akan datang kerana umat yang berpecah akan membawa kehancuran kepada negara.

Justeru, Sultan Selangor dalam titahnya menyeru seluruh orang Melayu untuk terus merapatkan saf, bersatu-padu, melupakan segala sengketa dan perselisihan faham serta mula memikirkan untuk bangkit semula menjadi satu bangsa yang kuat, bermaruah dan bermatlamat, demi kepentingan agama, bangsa dan negara.

“Beta mahu semua rakyat beta dapat hidup di negeri beta dalam keadaan selesa, bersatu-padu, harmoni dan menikmati kekayaan negeri ini secara adil dan saksama,” titah baginda. 

Mengenai pelancaran Masjid Diraja Masjid Raja Lumu, Sultan Selangor bertitah baginda menamakan masjid itu bersempena dengan nama Raja Lumu yang juga merupakan Sultan Selangor yang pertama, dikenali sebagai Sultan Salehuddin Shah yang memerintah dari 1766 sehingga 1782. 

“Ini sangat bertepatan kerana mengikut catatan sejarah, Raja Lumu telah ditabalkan sebagai Sultan Selangor di Kuala Selangor dan bersemayam di atas Bukit Malawati yang dahulunya dikenali sebagai Bukit Selangor,” titah baginda. 

Baginda berharap dengan adanya masjid baharu yang dilengkapi seni bina yang menarik itu, ia mampu menjadi antara daya tarikan utama khususnya penduduk di kariah berkenaan untuk beribadah, dan juga kepada pelancong dalam dan luar negara untuk datang ke Kuala Selangor. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

‘Siew Ki, Ronnie Liu, Datang Seminggu Sekali Hayati Makna Rukun Negara’ - Sultan Sharafuddin

2

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Hentikan Segera Isu Penternakan Babi’, Pendirian Sultan Selangor Kekal

3

Semasa 1 bulan yang lalu

'Tiada Siapa Kaya Dalam Politik Melainkan Penyangak’ - Petikan Dikongsi Sultan Selangor Tarik Perhatian Ramai

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Sultan Selangor Rasmi Galeri Royal Selangor 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 17 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 13 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad