web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Desakan Ekonomi Punca Rakyat Ambil Makanan Tinggi Kalori Berbanding Menu Sihat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Oct 2022 7:00AM

Kos sara hidup yang tinggi antara punca rakyat memilih pengambilan makanan berkalori tinggi melebihi keperluan harian. - Gambar hiasan Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kos sara hidup yang semakin meningkat menjadi antara punca rakyat memilih pengambilan makanan berkalori tinggi melebihi keperluan harian sehingga menyumbang kepada masalah obesiti.

Pegawai Dietetik Hospital Gleneagles Pulau Pinang, Jazera Julali berpendapat, makanan berkalori tinggi menjadi pilihan mereka yang ingin mengambil sesuatu yang mengenyangkan berbanding menu sihat disebabkan desakan ekonomi.

Jazera Julali
Jazera Julali

“Dasar ekonomi yang tidak kukuh membuatkan rakyat terpaksa memilih untuk kenyang berbanding mengutamakan makanan sihat.

“Ada menyedari keburukannya namun atas desakan ekonomi dan kos hidup yang semakin meningkat, mereka (terpaksa mengambilnya) tidak ada pilihan lain,” katanya kepada Getaran. 

Jelas beliau, secara umumnya badan manusia memerlukan kalori antara 1,800 Kcal hingga 2,000 Kcal untuk menghasilkan tenaga bagi melakukan rutin harian.

Bagaimanapun katanya, tidak ramai cakna tentang perkara itu dengan majoriti rakyat di negara ini mengambil makanan berkalori tinggi dan kurang melakukan aktiviti fizikal.

“Rakyat Malaysia sering mengambil makanan jenis karbohidrat ringkas secara berlebihan seperti nasi, tepung dan mi. Ini juga kerana nasi adalah makanan ruji rakyat.

“Oleh itu, penting untuk kita mengetahui pengambilan kalori harian bagi mengelak berat badan seseorang itu jatuh dalam kategori obesiti,” katanya.

Jazera berkata, obesiti perlu diberi perhatian kerana ia boleh mendedahkan seseorang kepada penyakit tidak berjangkit (NCD) yang kronik.

“Obesiti meningkatkan inflamasi dalam badan, seterusnya menyebabkan kencing manis, penyakit jantung, sakit buah pinggang dan penyakit kardiovaskular.

“Berdasarkan pemerhatian saya, kesedaran rakyat masih kurang tentang hal ini. Jika tidak, mana mungkin Malaysia tersenarai sebagai negara yang mempunyai bilangan penduduk obesiti paling tinggi di ASEAN.

“Namun bukanlah bermakna semua individu tidak peka mengenai masalah ini. Saya rasa pakar diet dan pemakanan perlu ditempatkan di kebanyakan institusi pendidikan,” katanya.

Rozanna M Rosly
Rozanna M Rosly

Sementara itu, Pakar Klinikal Dietetik Global Doctors, Rozanna M Rosly berpendapat, diet tidak seimbang turut menjadi faktor penyumbang masalah obesiti dalam kalangan penduduk di negara ini. 

Katanya, masyarakat hari ini terlalu sibuk dengan hal dan kerjaya masing-masing sehingga mengabaikan pengambilan makanan seimbang dalam kehidupan seharian.

“Mereka lebih gemar mengambil makanan segera, mi dan juga minuman berkarbonat yang ternyata tidak berkhasiat untuk kesihatan,” katanya.

Menurut Rozanna, peningkatan masalah obesiti turut didorong kewujudan restoran 24 jam, penganjuran pelbagai majlis sosial dan kenduri-kendara yang cukup sinonim dengan masyarakat Malaysia.

“Ia termasuklah jenis makanan daripada pelbagai budaya di Malaysia menyebabkan kita sering makan lebih banyak daripada apa yang diperlukan badan kita.

“Jika kita makan secara berlebihan, kita perlu tahu apa yang patut dilakukan. Senaman dan pilihan makanan yang lebih sihat penting untuk mengelak berat barat berlebihan.

“Begitu juga dengan tabiat makan lewat malam seharusnya dielakkan serta kawal pengambilan makanan yang berlemak,” katanya.

Ketika ditanya mengenai kata-kata sesetengah individu yang berbunyi ‘sementara mudalah makan apa yang nak makan’, beliau berkata, pemikiran tersebut perlu diubah. 

Rozanna berkata, sudah tiba masyarakat di negara ini memikirkan cara untuk mencegah masalah obesiti selain menjimatkan wang simpanan mereka untuk menikmati hari tua yang lebih berkualiti.

“Institusi pendidikan tinggi dan tempat kerja juga harus melakukan pemeriksaan kesihatan dan mementingkan berat badan ideal sebagai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) kemasukan dan penerimaan bekerja.

“Malah perkara ini seharusnya bermula dari kanak-kanak dan mereka perlu dididik bermula dari rumah untuk makan secara bersederhana, makan sebelum terlampau kenyang serta mengawal saiz hidangan makanan setiap hari,” katanya. 

Menerusi data Kementerian Kesihatan (KKM), dianggarkan sebanyak 5.2 peratus daripada semua pesakit kanser boleh dikaitkan dengan diet tidak seimbang.

Malah Laporan Semakan Populasi 2019 mendedahkan kadar obesiti di Malaysia adalah tertinggi di Asia Tenggara iaitu sebanyak 15.6 peratus.

Angka tersebut mengatasi Brunei yang merekodkan 14.1 peratus, diikuti Thailand 10 peratus dan Indonesia sebanyak 6.9 peratus. - Getaran 7 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Jual Kanta Lekap Tidak Berdaftar, KKM Keluar 12 Notis Amaran

2

Semasa 8 bulan yang lalu

97 Kluster Jangkitan Influenza Dikesan Pada ME 40/2025

3

Semasa 8 bulan yang lalu

KKM Tawar Pemeriksaan Menyeluruh, Sokongan Psikososial Kepada Sukarelawan GSF

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 12 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar