web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Annuar Perjelas Kekeliruan Peratusan Capaian 5G

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Oct 2022 2:16PM

Annuar menjawab soalan pada sesi soal jawab Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen ke-14 bagi Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa hari ini menjelaskan kekeliruan mengenai peratusan capaian 5G di bandar-bandar utama.

Beliau berkata peratusan capaian 5G yang disasarkan mencapai 40 peratus pada akhir tahun itu adalah merujuk kepada penyediaan prasarana oleh Digital Nasional Berhad (DNB).

“Saya faham apabila ada sesetengah orang kata … kita kata sudah ada liputan 5G di Kuala Lumpur dan sebagainya, kenapa kita belum terima?

“Sebenarnya belum sampai ke tahap itu, peratusan yang diberikan itu ialah apa yang disyaratkan kepada DNB untuk menyediakan prasarana di beberapa lokasi.

“Sekarang ini lebih 2,000 lokasi yang telah disiapkan tetapi servis kepada orang ramai itu perlu dilaksanakan oleh syarikat-syarikat telco yang mempunyai lesen,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) yang meminta penjelasan mengenai peratusan capaian 5G di bandar-bandar utama yang masih belum dapat dinikmati pengguna khususnya di Petaling Jaya.

Annuar berkata kelewatan bagi perkhidmatan capaian 5G untuk pengguna berlaku berikutan hanya empat syarikat telekomunikasi (telco) menerima dan menjadi pemegang saham DNB walaupun enam syarikat ditawarkan untuk menjadi pemegang saham DNB.

“… kerana ada perubahan tersebut, empat syarikat telco yang menerima tawaran itu telah pun balik semula mendapatkan kelulusan daripada Lembaga (Pengarah) masing-masing apabila saham ditambah, ditawarkan tambahan kepada mereka daripada baki yang tidak diambil daripada dua telco.

“Proses itu mengambil masa dan berlaku sedikit kelambatan dan hanya apabila kesemua empat syarikat menandatangani perjanjian akses barulah bekalan kepada pengguna untuk dapatkan perkhidmatan 5G diperoleh,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata secara keseluruhannya kemajuan peratusan liputan 4G di Sabah meningkat 87.55 peratus pada suku kedua tahun ini berbanding 73.41 peratus sebelum pelaksanaan Jalinan Digital Negara (JENDELA).

Beliau berkata di bawah program JENDELA Fasa 1 di Sabah, daripada 614 tapak menara baharu yang diluluskan, sejumlah 142 disiapkan manakala bagi tahap jalur lebar satelit sebanyak 138 projek disiapkan, setakat suku kedua tahun ini.

Annuar berkata beliau menemui Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dan kerajaan negeri Sabah supaya pelaksanaan projek pembinaan menara baharu yang diberikan kepada syarikat milik kerajaan negeri dapat diperbaiki seterusnya baki pembinaan menara dapat disiapkan mengikut sasaran, iaitu pada akhir tahun ini.

Selain itu, beliau berkata pihak kementerian mengenal pasti 290 lokaliti lagi di bawah JENDELA Fasa 2 yang memerlukan perkhidmatan jalur lebar satelit bagi negeri berkenaan.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Seri Azizah Mohd Dun (Bersatu-Beaufort) mengenai status terkini pemasangan jalur lebar satelit di Sabah memandangkan capaian Internet di Sabah masih bermasalah dan lemah terutamanya di kawasan luar bandar. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

2

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

3

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

4

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 20 minit yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 2 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad