web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


GEG: Jawatankuasa Setuju Denda Dikurangkan Kepada RM500

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Oct 2022 12:18PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pindaan kepada Rang Undang-undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 kini akan menyaksikan denda maksimum yang dicadangkan sebanyak RM5,000 bagi mengharamkan penggunaan, pemilikan dan penjualan rokok dan vape kepada individu dilahirkan pada 2007 dan seterusnya dikurangkan kepada RM500.

Ini adalah antara beberapa pindaan sedang dilakukan kepada RUU itu oleh jawatankuasa pilihan khas parlimen (PSSC) yang membincangkan perkara itu, berikutan kritikan daripada penggubal undang-undang dan orang ramai mengenai denda terlalu tinggi sebagaimana dicadangkan sebelum ini.

Dalam laporannya yang dikeluarkan semalam, jawatankuasa itu berkata perubahan itu akan memberi kesan kepada Seksyen 13(4) dan 17(2) RUU yang menetapkan jumlah denda.

Mengikut RUU itu, Seksyen 13 melarang mana-mana individu yang lahir mulai 1 Januari 2007 dan seterusnya daripada membeli sebarang tembakau atau produk berkaitan, manakala Seksyen 17 melarang mereka daripada menghisap produk tersebut.

Sebagai ganti, jawatankuasa itu mencadangkan mereka yang didapati bersalah diperintahkan menjalani khidmat masyarakat.

Ia juga mengesyorkan bahawa mereka yang ditangkap merokok tidak akan dikenakan denda selama tiga tahun pertama permulaan akta itu, dan penguatkuasaan akan dilakukan atas dasar pendidikan.

Sehubungan itu, jawatankuasa berkenaan bersetuju untuk mengenakan denda RM500 dan khidmat masyarakat kepada mereka yang didapati menjual produk tembakau kepada individu dilahirkan pada 2007 dan seterusnya, sebagai ganti denda maksimum yang dicadangkan pada masa ini iaitu RM10,000 dan dua tahun penjara.

PSSC yang dipengerusikan oleh Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin juga bersetuju untuk menggugurkan Seksyen 17(1)(c), yang menjenayahkan pemilikan produk tembakau, dan mana-mana subseksyen lain berhubung pemilikan daripada RUU itu.

Secara berasingan, jawatankuasa itu bersetuju bahawa penguatkuasaan hanya akan dihadkan bagi tujuan pengilangan, pembungkusan, penyimpanan, pembekalan dan penjualan produk, manakala pihak berkuasa dilarang memasuki rumah bagi tujuan penguatkuasaan yang sebelum ini dibenarkan.

Peruntukan baharu juga akan dimasukkan dalam RUU itu untuk menyediakan laporan berkala bagi mengkaji beberapa aspek berkaitan undang-undang baharu itu.

Dalam laporannya, PSSC bersetuju bahawa pelaksanaan dasar generation endgame (GEG) tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, seperti yang dinyatakan oleh pihak tertentu, selepas mendapat pandangan pakar undang-undang.

Sehubungan itu, PSSC berkata peruntukan untuk mengharamkan merokok produk tembakau akan kekal dalam RUU tersebut.

Dasar GEG kini dimasukkan sebagai perkara nombor empat dalam kertas perintah Dewan Rakyat hari ini.

Tidak jelas sama ada ia akan dibahaskan dan diluluskan dalam persidangan hari ini. - The Vibes, 6 Oktober 2022

Sorotan

1

Video Buaya Baham Anjing Cetus Kebimbangan Pengunjung Port Dickson

2

PRN Johor: Lebih 300,000 Pengundi Luar Dijangka Pulang Mengundi

3

Masa Depan Nelayan Dan Ekonomi Pesisir Jadi Keutamaan, Faizul Tekad Ubah Masa Depan Tanjung Surat

4

Bakal Berdepan Nama Besar, Calon ‘Underdog’ DUN Pasir Raja Tenang Hadapi Saingan

5

PRN Johor: 3,500 Polis Johor Bertugas Untuk Undi Awal Esok 

6

PRN Johor: Kempen Masuki Fasa Penentuan, Calon Ganda Usaha Raih Sokongan 

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Wanita Rugi RM183,100 Diperdaya Sindiket Love Scam

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pengurus Kelab Malam Dipenjara 2 Hari, Denda RM17,000 Memandu Ketika Mabuk

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 minit yang lalu

Tun M Sambut Ulan Tahun Kelahiran Ke-101

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Rohingya Suspek Kes Rogol Ditahan Di Bachok

oleh Sophia Ahmad