web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Najib Dijanjikan Sumbangan Tambahan AS$1.17 Bilion Oleh Kerabat Diraja Arab Saudi - Saksi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Oct 2022 4:10PM

Kenderaan yang membawa Najib Razak tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak dijanjikan sumbangan tunai tambahan US$1.17 bilion daripada seorang individu yang didakwa sebagai ahli keluarga diraja Arab Saudi bagi menghargai usaha bekas Perdana Menteri itu memperkenalkan Islam ke seluruh dunia.

Berdasarkan dua pucuk surat yang dibacakan di mahkamah oleh peguam Wan Aizuddin Wan Mohammed, wang tunai itu dijanjikan untuk dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi Najib oleh putera Arab Saudi, Saud Abdulaziz Majid Al Saud melalui dua transaksi,US$375 juta pada 1 Nov 2011 dan US$800 juta pada 1 Mac 2013.

Pada minggu lepas, pasukan pembelaan Najib mengemukakan sepucuk surat yang dikatakan daripada putera Arab Saudi yang sama bertarikh 1 Februari 2011, yang didakwa menjanjikan sumbangan wang tunai AS$100 juta kepada Najib untuk mengiktiraf sumbangannya kepada dunia Islam.

Surat menggunakan kepala surat Pejabat Peribadi Saud Abdulaziz Majid Al Saud, bekas Gabenor Wilayah Madinah, turut menyebut hadiah itu adalah sempena persahabatan yang terjalin antara kedua-duanya dan sebagai menghargai idea-idea baharu Najib selaku pemimpin Islam moden.

Wan Aizuddin merujuk surat itu kepada saksi pendakwaan ke-38 semasa pemeriksaan balas terhadap Ketua Pasaran Modal Perbankan Persendirian AmBank, Yap Wai Keat, 57, pada perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram Najib membabitkan RM2.3 bilion milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Surat-surat itu juga menyebut pemberian wang tunai itu hendaklah dimasukkan ke akaun Datuk Seri Najib melalui akaun bank peribadi atau melalui akaun bank syarikat yang diarahkan putera itu, Tanore Finance Corporation dan Blackstone Asia Real Estate Partners Limited.

“Turut dinyatakan dalam surat itu bahawa Datuk Seri Najib mempunyai budi bicara mutlak untuk menentukan bagaimana wang itu akan digunakan dan ia (wang) tidak sepatutnya ditafsirkan sebagai perbuatan rasuah kerana ini bertentangan dengan amalan Islam dan putera itu secara peribadi tidak menggalakkan amalan sedemikian (rasuah) dalam apa cara sekalipun,” kata peguam itu.

Sebelum ini dilaporkan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat telah mengenal pasti Tanore Finance Corporation dan Blackstone Asia Real Estate Partners Limited dikuasai oleh ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho (Jho Low) menggunakan identiti rakan sekutunya Eric Tan Kim Loong.

Wan Aizuddin kemudian menyoal saksi sama ada beliau mempunyai pengetahuan mengenai dua pucuk surat itu sebelum perbicaraan 1MDB ini, yang dijawab oleh saksi itu secara positif.

“Saya rasa mungkin (mempunyai pengetahuan tentang surat-surat itu) kerana untuk meneruskan pengiriman wang, kita perlu tahu apakah kod tujuan wang ini, di mana pengurus perhubungan akaun AmBank Datuk Seri (Joanna Yu) telah memberitahu saya bahawa ia adalah hadiah dan ada surat yang disertakan bersamanya.

“Bagaimanapun saya tidak dapat mengesahkan sama ada terdapat kemungkinan Joanna Yu telah memberikan surat itu kepada saya pada masa transaksi tersebut. Beliau mungkin tunjuk kepada saya, tetapi saya tidak ingat kerana banyak dokumen yang telah saya teliti sejak beberapa tahun lepas,” kata saksi itu yang mengendalikan deposit pertukaran asing AmBank sejak 2010 hingga 2014.

Najib, 69, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Perbicaraan di hadapan hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung petang ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

1MDB: Dokumen Perbankan Tidak Diserah Kepada Pembelaan Kerana Tidak Relevan - Saksi

2

Semasa 2 tahun yang lalu

UMNO Tetap Dapatkan Pembelaan Untuk Najib, Harap PM Beri Kerjasama - Ahmad

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Sah, Hukuman Penjara Najib Dikurang 6 Tahun

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Jasmine Loo Saksi Penting Dalam Perbicaraan Kes 1MDB, Najib - Pegawai Penyiasat

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 19 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar