web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PM Yakin Bajet 2023 Dapat Sokongan Ahli Parlimen

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Oct 2022 9:00AM

Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan sentiasa terbuka dan bersedia menerima pandangan daripada pihak pembangkang berkaitan dengan Bajet 2023 - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yakin Bajet 2023 yang dibentangkan Jumaat ini, mendapat sokongan Ahli Parlimen supaya ia diluluskan.

“Saya percaya bajet akan diterima sebab bajet ini untuk rakyat, kalau pembangkang tak setuju dengan bajet, maknanya pembangkang tak setuju apa diperuntukkan kerajaan untuk kepentingan rakyat.

“Kalau bajet tak lulus dari segi emolument, bayar gaji kakitangan kerajaan pun tak boleh dibuat. Jadi bajet perlu diluluskan,” katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat pramajlis bagi Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen ke-14 di sini, malam ini.

Ismail Sabri berkata, kerajaan sentiasa terbuka dan bersedia menerima pandangan daripada pihak pembangkang berkaitan dengan Bajet 2023.

“Bagaimanapun komen negatif dan sebagainya daripada pihak pembangkang itu memang dijangkakan seperti biasalah.

“Setiap kali bajet adalah pandangan daripada mereka, sama ada positif atau negatif dan kita terima. Biasanya pandangan itu akan diambil kira kerajaan,” katanya.

Ditanya sama ada mesyuarat tadi ada membincangkan mengenai pembubaran Parlimen, Ismail Sabri berkata, hanya perkara berkaitan perjalanan Dewan Rakyat yang dibincangkan.

“Mesyuarat pramajlis ini membincangkan daripada segi pembentangan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, mengenai perjalanan Parlimen, berapa jumlah soalan ditanya, berapa jumlah berdasarkan kementerian, apa undang-undang akan dibentangkan, pindaan dan sebagainya,” katanya.

Ismail Sabri tiba pada jam 8.30 malam untuk mempengerusikan mesyuarat tersebut selama 90 minit yang turut dihadiri Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Antara Ahli Parlimen yang hadir ialah Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan; Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dan Ahli Parlimen Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Mohd Sharif.

Mesyuarat pramajlis itu diadakan bagi persediaan Sidang Dewan Rakyat yang bermula esok sehingga 29 November ini. - Bernama

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 minit yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad