web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Polis Siasat Kes 2 Lelaki Lepaskan Tembakan Di Perak

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Oct 2022 8:07PM

Polis kini sedang mencari 2 lelaki yang dipercayai melepaskan tembakan di hadapan sebuah rumah di Sitiawan, Manjung semalam. - Gambar ihsan polis Perak

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan dua lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian melepaskan tembakan di hadapan sebuah rumah di Sitiawan, Perak, semalam. 

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, siasatan terperinci sedang dilakukan pihaknya selepas menerima aduan pada jam 1.07 petang semalam daripada jiran yang menetap di hadapan rumah tersebut. 

Menurut beliau, siasatan mendapati, pemilik rumah terbabit tinggal bersama isteri dan dua anak.

“Mangsa memaklumkan bahawa isterinya telah terdengar bunyi letupan di luar rumah pada pagi semalam namun tidak mengendahkan perkara itu.

“Pada kira-kira 12.45 tengah hari, pengadu keluar dari rumah untuk mengambil barang lalu menyedari terdapat kerosakan pada cermin belakang kereta mangsa dan menjumpai kelongsong peluru di bawah kenderaan terbabit,” katanya hari ini. 

Mohd Yusri berkata, suspek dipercayai menunggang sebuah motosikal jenis Yamaha Y15 tanpa nombor pendaftaran dan bertindak melepaskan satu das tembakan yang terkena cermin belakang kereta milik mangsa.

Katanya, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati suspek kemudiannya cuba melepaskan tembakan ke arah hadapan rumah namun dipercayai pistolnya gagal berfungsi sebelum bertindak melarikan diri. 

"Pemeriksaan dilakukan sepasukan polis dari bahagian forensik (D10) Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Perak mendapati, terdapat kesan lubang pada bahagian cermin belakang dipercayai akibat daripada tembakan dan sebiji kelongsong peluru di tempat kejadian. 

"Pada masa sama, polis turut menjumpai kepala peluru di kawasan bonet belakang kenderaan tersebut," katanya. 

Sementara itu, Mohd Yusri berkata, motif kejadian masih dalam penelitian polis dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

"PDRM Perak ingin meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian tersebut agar berhubung dengan Pegawai Penyiasat Kanan Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung, ASP Mohd Azalan Ab Karim di talian  019-3927837.

"Selain itu, orang ramai juga boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya. - Getaran, 1 Oktober 2022 






 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 7 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam