web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dibelasah, Cermin Kereta Dipecah Hanya Kerana Tertekan Hon

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Oct 2022 7:00AM

Empat lelaki tidak dikenali dan disyaki rakan suspek yang menaiki kenderaan jenis Hilux berwarna hitam, kemudian bertindak memecahkan cermin belakang serta cermin pintu kanan dan kiri kereta itu menggunakan dua besi panjang. - Gambar hiasan dari fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Dek kerana tertekan hon keretanya, seorang pemuda bukan sahaja disembur pemedih mata, malah dipukul di kepala menggunakan topi keledar dalam kejadian di hadapan sebuah pasar raya di Taman Setia Indah di Johor Bahru, Johor semalam.

Lebih melampau, cermin hadapan kereta mangsa dipecahkan suspek.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, empat lelaki tidak dikenali dan disyaki rakan suspek yang menaiki kenderaan jenis Hilux berwarna hitam, kemudian bertindak memecahkan cermin belakang serta cermin pintu kanan dan kiri kereta itu menggunakan dua besi panjang.

“Pada 30 September jam 4.31 petang, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan, menerima maklumat  berkaitan video tular di media sosial.

“Video berdurasi 7 saat (itu), memaparkan kejadian beberapa lelaki merosakkan sebuah kenderaan di hadapan pasar raya.

“Pihak polis mengesahkan kejadian itu apabila menerima satu laporan daripada seorang lelaki berusia 24 tahun pada jam 1.55 tengah hari (hari kejadian),” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Raub berkata, pengadu memaklumkan kejadian berlaku pada jam 12 tengah hari semasa dia berada di hadapan sebuah pasar raya di kawasan berkenaan, sebelum berselisih faham dengan seorang lelaki tidak dikenali menaiki motosikal jenis Yamaha 135LC kerana mangsa membunyikan hon tanpa sengaja.

“Dalam kejadian itu, mangsa cedera pada bibir, lebam di tangan kanan, selain mengalami kesakitan di leher dan belakang badan,” katanya.

Justeru, beliau berkata, polis kini mengesan lima suspek terbabit bagi membantu siasatan.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan jika disabit kesalahan, boleh dihukum penjara bagi tempoh sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

Menurut Raub, kes itu juga disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang mana jika disabitkan kesalahan, boleh dipenjara tidak kurang dari satu tahun dan tidak lebih dari lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu, boleh menghubungi talian hotline IPD Johor Bahru Selatan di talian 07-2182323 atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Salaihudin Azwal Razali menerusi talian 013-7290763,” katanya – Getaran, 1 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 14 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Semasa 14 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

3

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

4

Semasa 3 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek