web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Terima Suapan, Seorang Lagi Bekas YDP PBT Didakwa Hari Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Sep 2022 7:00AM

Seorang lagi bekas YDP sebuah PBT akan didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam, hari ini. - Gambar hiasan dari fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mendakwa seorang lagi bekas Yang Dipertua (YDP) sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini.

Tertuduh yang juga Pegawai Tadbir Diplomatik (PBT) berusia 48 tahun pernah berkhidmat di sebuah daerah di Selangor.

Menurut sumber, tertuduh dipercayai telah menerima suapan berbentuk wang tunai kira-kira RM100,000 daripada seorang individu yang mempunyai hubungan dengan kerja rasminya.

Pada 23 September lepas, dua bekas YDP iaitu YDP Majlis Daerah Hulu Selangor, Shukri Mohamad Hamin, 49, dan YDP Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) Mohamad Zain A Hamid, 48, serta seorang bekas Timbalan YDP Majlis Perbandaran Sepang Muhammad Hafiz Shaari, 43, masing-masing didakwa di mahkamah sama atas beberapa pertuduhan menerima rasuah melibatkan wang tunai, tiket kapal terbang, basikal berjenama, wang untuk membeli kereta dan telefon pintar.

Turut dituduh, seorang juru ukur bahan MPKL Muhammad Asyraf Mohammad Jasni, 33, yang didakwa menerima rasuah berjumlah lebih RM50,000 antara Disember 2019 hingga November 2020.

Mereka yang masing-masing didakwa empat dan enam pertuduhan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan itu, mengaku tidak bersalah ke atas semua pertuduhan tersebut.

Pertuduhan berkenaan adalah susulan daripada penahanan beberapa individu pada tahun lalu kerana disyaki menerima rasuah dalam pelbagai bentuk sebagai dorongan pemberian projek kepada pihak tertentu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Remaja 14 Tahun Maut, Dipercayai Terjatuh Dari Tingkat 7 Pangsapuri 

2

Semasa 4 bulan yang lalu

3 Maut 4 Kilang Terbakar

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Lelaki Maut Ditembak Di Restoran Makanan Segera

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Ganja Bernilai RM5.9 Juta Dirampas, 7 Individu Ditahan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 4 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar