web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kes Guan Eng: Saksi Diarah Kemuka Salinan Whatsapp 2 Ahli Perniagaan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Sep 2022 5:33PM

Lim Guan Eng - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Seksyen hari ini mengarahkan saksi pendakwaan kelapan dalam kes rasuah Lim Guan Eng, untuk mengemukakan salinan digital perbualan WhatsApp antara dua ahli perniagaan yang dikaitkan dengan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

Mahkamah mengeluarkan arahan tersebut, selepas peguam Gobind Sing Deo yang mewakili Lim memaklumkan kepada Hakim Azura Alwi, bahawa mesej antara Pengarah Consortium Zenith Sdn Bhd (CZCSB) Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli dan ahli perniagaan G Gnanaraja, telah dikemukakan dalam perbicaraan berasingan di Shah Alam yang melibatkan Gnanaraja.

Hakim Azura juga mengarahkan saksi kelapan, Pegawai Penyiasat Jabatan Forensik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wan Mohd Firdaus Wan Yusof, untuk menyediakan butiran pegawai SPRM yang telah menyediakan laporan forensik pengekstrakan telefon Ahmad Zarul, yang telah dikemukakan pada perbicaraan di Shah Alam.

Untuk rekod, Gnanaraja merupakan seorang saksi pendakwaan dalam kes perbicaraan Guan Eng. Gnanaraja telah minta dibicarakan di Mahkamah Seksyen Shah Alam pada 3 April 2019 atas tiga kesalahan menipu Zarul Ahmad berjumlah RM19 juta.

Beliau didakwa telah memperdayakan Zarul Ahmad untuk mempercayainya yang beliau boleh membantunya menutup siasatan SPRM terhadapnya.

Terdahulu Wan Mohd Firdaus bersetuju dengan cadangan Gobind bahawa terdapat tiga laporan forensik dikeluarkan, daripada pengekstrakan telefon yang sama.

Beliau menjelaskan bahawa laporan itu telah disediakan oleh seorang lagi pegawai daripada jabatan yang sama untuk kes perbicaraan di Shah Alam.

Ketika disoal Gobind, Wan Mohd Firdaus memberitahu mahkamah bahawa beliau hanya mengekstrak maklumat berdasarkan kepada tarikh tertentu.

Gobind: Kamu hanya ekstrak maklumat berdasarkan tarikh-tarikh tertentu? Kamu tidak lihat keseluruhan salinan?.

Wan Mohd Firdaus: Betul.

Gobind: Adakah anda diperlukan untuk melihat keseluruhan salinan?

 Wan Mohd Firdaus: Tidak. Kami perlu cari yang khusus.

Guan Eng, 61, berdepan pertuduhan pindaan menggunakan kedudukan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang untuk menerima rasuah RM3.3 juta dalam membantu syarikat milik Zarul Ahmad bagi mendapatkan projek pembinaan bernilai RM6,341,383,702.

Guan Eng didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Tingkat 28, Komtar, George Town antara Januari 2011 hingga Ogos 2017.

Bagi pertuduhan pindaan kedua, Guan Eng didakwa meminta suapan daripada Zarul Ahmad sebanyak 10 peratus daripada keuntungan diperoleh syarikat itu, sebagai penghargaan mendapatkan projek tersebut.

Perbuatan itu didakwa dilakukan berhampiran The Garden Hotels, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City di sini pada Mac 2011.

Guan Eng yang juga bekas Setiausaha Agung DAP, juga berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah bernilai RM208.8 juta milik kerajaan Pulau Pinang dilupuskan kepada dua syarikat yang didakwa mempunyai kaitan dengan projek terowong dasar laut itu.

Perbicaraan bersambung 19 Oktober. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 3 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 6 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek