web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PM Berlepas Pulang Selepas Lawatan Kerja Ke New York Dan Abu Dhabi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Sep 2022 4:36PM

Ismail Sabri menjadi pemimpin Malaysia pertama menyampaikan ucapan dalam Bahasa Melayu di UNGA. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ABU DHABI - Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berlepas pulang ke tanah air hari ini selepas menamatkan lawatan kerja ke New York dan Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Pesawat yang membawa perdana menteri dan delegasinya berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Abu Dhabi pada 11.30 pagi (3.30 petang waktu Malaysia).

Menteri Negara dan Menteri Pengiring Ahmad Ali Al Sayegh turut hadir di lapangan terbang untuk mengucapkan selamat jalan kepada perdana menteri.

Ismail Sabri tiba di ibu negara ini pada Isnin dari New York selepas menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-77 minggu lepas.

Di UNGA yang menghimpunkan lebih 150 pemimpin dunia untuk acara tahunan itu, Ismail Sabri menyampaikan Kenyataan Negara dalam bahasa Melayu - kali pertama oleh seorang pemimpin Malaysia berucap menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya pada perhimpunan diplomatik terbesar itu.

Beliau turut menyentuh pelbagai isu antarabangsa antaranya konflik di Ukraine, isu Myanmar dan Palestin serta sekuriti makanan dan perubahan iklim.

Ismail Sabri turut mencadangkan mewujudkan mekanisme Kerjasama Monetari Antarabangsa di tengah-tengah peningkatan inflasi global.

Ini adalah kali kedua Ismail Sabri berucap di UNGA. Beliau membacakan Kenyataan Negara secara maya pada sesi ke-76 tahun lepas,  berikutan pandemik COVID-19.

Di luar UNGA, Ismail Sabri telah mengadakan pertemuan dengan Presiden Palestin Mahmoud Abbas, Perdana Menteri Belanda Mark Rutte dan Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres. 

Beliau juga menganjurkan majlis makan malam “Keluarga Malaysia” untuk diaspora Malaysia di Amerika Syarikat. 

Semasa berada di sini selama empat hari, perdana menteri mengadakan pertemuan dengan Presiden UAE Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan.

Ismail Sabri mengambil peluang mempelawa UAE untuk menyertai projek pembangunan Bandar Malaysia di Kuala Lumpur, serta pelaburan berbalik untuk menyokong Dasar Sekuriti Makanan kedua-dua negara dan membantu UAE menjadi hab makanan di Timur Tengah kerana Malaysia mempunyai tanah yang luas dan sesuai untuk pelabur asing melabur dalam bidang pertanian.

Beliau juga melawat Abu Dhabi National Oil Company (ADNOC), Masjid Sheikh Zayed dan Wahat Al-Karama, tugu peringatan untuk pejuang UAE yang syahid.

Nilai dagangan antara kedua-dua negara telah meningkat 90.4 peratus untuk lapan bulan pertama tahun ini kepada RM25.6 bilion, melebihi nilai keseluruhan pada 2021, iaitu RM22.29 bilion. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 19 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 2 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 3 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 6 hari yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 20 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad