web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia, China Meterai Kerjasama Telekomunikasi Digital

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Sep 2022 7:51AM

Annuar Musa dan Zhang Yunming - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia dan China hari ini memeterai memorandum persefahaman (MoU) bersempena Persidangan Plenipotentiary Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa 2022 (ITU PP22) yang berlangsung dari 26 September lalu hingga 14 Oktober ini di Romania.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata memorandum itu ditandatangani beliau dan Timbalan Menteri Industri dan Informasi Teknologi China Zhang Yunming. 

"Antara bidang kerjasama yang dipersetujui Malaysia dan China melalui MoU ini adalah berkenaan 5G, ekonomi digital dan keselamatan siber,” kata beliau dalam kenyataan. 

Beliau berkata susulan pemeteraian MoU mengenai kerjasama telekomunikasi digital berkenaan, kedua-dua negara dijangka menerokai potensi kerjasama dalam teknologi aplikasi 5G, selain menggalakkan kerjasama dalam e-dagang, inovasi syarikat pemula, pengkomputeran awan, data raya, kecerdasan buatan, Internet Benda, aplikasi Internet dan teknologi digital lain.

Menurutnya kerjasama lain ialah dalam polisi, piawaian, tindak balas kecemasan, teknologi sekuriti data, latihan serta kesedaran berkaitan keselamatan siber.  

Tambah beliau kerjasama ini dijangka memberi nilai tambah kepada Malaysia dengan mengambil kira perkembangan pesat industri teknologi maklumat di China dan kedua-dua negara dapat menimba ilmu pengetahuan serta kepakaran dalam bidang 5G, keselamatan siber dan ekonomi digital.

Annuar berkata kerjasama China untuk berkongsi amalan terbaik, pengalaman dan kepakaran melalui inisiatif bersama dapat membantu meningkatkan kepantasan serta kesiapsiagaan ekosistem keselamatan siber dan pendigitalan negara terutamanya dalam menghadapi era Revolusi Perindustrian 4.0.

Menurutnya komitmen pertukaran ilmu pengetahuan dan amalan terbaik antara kedua-dua negara bukan sahaja mampu mempertingkatkan daya saing serta merancakkan pertumbuhan ekonomi digital negara, malah ia berupaya bertindak sebagai faktor penarik kepada pelaburan pembinaan modal insan dan penyelidikan. 

Beliau berkata hubungan kerjasama ini akan membantu Malaysia memperkasakan ekosistem ekonomi digital yang secara tidak langsung merangsang pertumbuhan ekonomi digital tempatan dan menyumbang kepada ekonomi negara pada masa hadapan sejajar dengan agenda menjadikan Malaysia hab industri berteknologi tinggi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Tragedi Lombong Arang Batu: Letupan Gas Ragut 90 Nyawa, Lebih Ramai Dijangka Terkorban

2

Luar Negara 1 bulan yang lalu

3 Hilang Selepas Gempa Bumi Bermagnitud 5.2 Landa Guangxi, Selatan China

3

Semasa 9 bulan yang lalu

Lawatan Ke China Perkukuh Kedudukan Malaysia Di Pentas Dunia - PM

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Keamanan Sejati Hanya Boleh Dicapai Dengan Keberanian - PM

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

3

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

4

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

5

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

6

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad