Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


PRU-15 Ketika Banjir: Rakyat Akan Hukum Kerajaan - Syed Saddiq

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Sep 2022 9:31PM

Syed Saddiq bercakap kepada media di luar perkarangan IPD Dang Wangi. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - ‘Kedegilan’ untuk tetap mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) pada November ini semasa negara dijangka dilanda banjir, akan menyaksikan kerajaan dihukum rakyat.

Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, ia kerana kerajaan akan membeban dan menyusahkan rakyat sekiranya PRU-15 diadakan.

“Sejujurnya saya sedih, kecewa dan marah kerana mereka yang gila kuasa sanggup untuk mengheret rakyat ke pilihan raya demi kuasa, apabila risiko kehilangan nyawa, rumah dan harta akibat banjir boleh berlaku,” katanya.

Kesemua ahli MUDA keluar daripada IPD Dang Wangi selepas selesai memberi keterangan. - Gambar oleh Syeda Imran
Kesemua ahli MUDA keluar daripada IPD Dang Wangi selepas selesai memberi keterangan. - Gambar oleh Syeda Imran

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada jam 3 petang, selepas selesai memberi keterangan bersama lapan individu lain di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini, berhubung siasatan mengenai protes #nyawadulubaruPRU di pusat beli-belah SOGO, baru-baru ini.

Selain Syed Saddiq, pemimpin MUDA yang diambil keterangan adalah Timbalan Presidennya, Amira Aisya Abdul Aziz serta dua Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat parti itu, Nurainie Haziqah Shafii dan Nurafiqah Zulkifli.

Empat individu lain adalah Ahli Dewangan Undangan Negeri (ADUN) Kampung Tunku, Lim Yi Wei; ADUN Pasir Pinji, Howard Lee Chuan How; ADUN Taman Templer, Mohd Sany Hamzan dan pelajar, Ashraff Fahmy.

Turut diambil keterangan, Asri Balqis atau lebih dikenali sebagai Pak Atan, iaitu seorang penduduk yang berdepan banjir di Baling, berhubung ucapannya mengenai situasi semasa mangsa di daerah itu.

Syed Saddiq berkata, sepatutnya dalam situasi musim tengkujuh, kerajaan tidak memfokuskan kepada pilihan raya, sebaliknya bersungguh-sungguh membela dan membantu rakyat di Baling.

Malah, beliau berkata, kerajaan sepatutnya bersiap siaga dengan nasib buruk mungkin dialami penduduk di banyak kawasan lain apabila banjir besar melanda.

Kesemua yang dipanggil beri keterangan bersama peguam bergambar di luar IPD Dang Wangi. - Gambar oleh Syeda Imran
Kesemua yang dipanggil beri keterangan bersama peguam bergambar di luar IPD Dang Wangi. - Gambar oleh Syeda Imran

Katanya, jika kerajaan masih mengadakan PRU-15, tampuk kuasa pemimpin yang membuat keputusan untuk melaksanakannya, perlu bertanggungjawab ke atas setiap kehilangan disebabkan banjir.

“The blood is on their hands (mereka perlu bertanggungjawab dengan kehilangan nyawa atau kecederaan rakyat). Kita bukan tidak tahu tahun lepas kita ada pengalaman lebih 50 orang meninggal sebab banjir.  

“Mereka (kerajaan) tahu situasi tersebut, tetapi tetap membuat keputusan untuk meletakkan kepentingan politik mereka dahulu dan biarkan rakyat mati? Menteri cari undi, rakyat mati!. Rakyat akan hukum mereka,” tegasnya.

Mengulas mengenai protes terbabit, Syed Saddiq menggesa polis agar tidak mengambil tindakan terhadap mangsa banjir, sebaliknya kepada pihak yang melakukan kegiatan memusnahkan alam sekitar.

“Apa yang buat saya marah bukan sebab kami tapi apabila mangsa banjir macam Pak Atan diheret sama, dipanggil datang ke Kuala Lumpur untuk siasatan.

“Dia cuma hantar cadangan, hantar memorandum, tetapi sekarang dia diambil keterangan, ini tak betul, jangan babitkan dia,” katanya yang disiasat di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

Sementara itu, menurut Pak Atan, masih ramai lagi yang memerlukan bantuan berikutan tragedi banjir di Baling, justeru beliau mahu menyuarakan situasi dialami mereka.

Asri Balqis atau lebih dikenali sebagai Pak Atan (empat kanan) bercakap dengan Syed Saddiq. - Gambar oleh Syeda Imran
Asri Balqis atau lebih dikenali sebagai Pak Atan (empat kanan) bercakap dengan Syed Saddiq. - Gambar oleh Syeda Imran

“Saya hadir pada hari Sabtu itu hanya untuk membawa memorandum untuk membantu mangsa banjir di kampung saya. Kami rakyat Baling masih memerlukan bantuan untuk memulihkan keadaan dan kehidupan,” ujarnya.

Perhimpunan #nyawadulubaruPRU yang berlangsung lebih satu jam pada Sabtu lalu itu, menyaksikan beberapa wakil rakyat dan pimpinan parti menggesa PRU-15 tidak diadakan ketika musim tengkujuh, iaitu dijangka antara Oktober hingga Mac.

Ia disebabkan mangsa banjir, termasuk di Baling masih trauma dengan kesan bencana itu yang menjejaskan kehidupan mereka.

Susulan protes itu, polis membuka kertas siasatan pada hari sama.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, beberapa individu dikenal pasti dan dipanggil ke IPD Dang Wangi untuk diambil keterangan kerana mengadakan perhimpunan tanpa notis.

Jelasnya, kira-kira 50 orang, termasuk mahasiswa dan ahli parti politik didapati menyertai perhimpunan itu.

Pada 17 September lalu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pemuda BN di Stadium Titiwangsa berkata, jentera parti itu sanggup meredah banjir dan hujan lebat, jika PRU-15 diadakan pada tahun ini.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu menyifatkan, isyarat diberikan ahli parti supaya PRU-15 diadakan dalam masa terdekat adalah jelas dan nyata. - Getaran, 28 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

SPRM, Kerajaan Bantah Permohonan MUDA Rujuk Siasatan Hakim Nazlan Ke Mahkamah Persekutuan

2

Politik 5 bulan yang lalu

Syed Saddiq Lepas Jawatan Presiden MUDA, Mahu Fokus Bersihkan Nama

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Dana Armada: Syed Saddiq Dipenjara 7 Tahun, Denda RM10 Juta, 2 Sebatan

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Syed Saddiq Didapati Bersalah Tuduhan Bersubahat Pecah Amanah, Salah Guna Harta, Ubah Wang Haram

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Polis Tumpas Sindiket Bekal Sistem Rekod, Kira Wang Kepada Pusat Panggilan

Sukan 1 hari yang lalu

KDA FC Langsai Keseluruhan Tunggakan Gaji Pemain, Pegawai

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 15 jam yang lalu

Beras, Barang Dapur Dibakar Adalah Stok Simpanan Yang Rosak - Ismail

oleh Wartawan Getaran

Semasa 9 jam yang lalu

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA