Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 4 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pembelaan Najib Kemuka Surat Berhubung Hadiah Wang Tunai US$100 Juta

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Sep 2022 6:33PM

Najib Razak - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pembelaan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam perbicaraan kes rasuah membabitkan RM2.3 bilion milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini mengemukakan surat daripada kerabat diraja Arab Saudi yang menyatakan bahawa bekas Perdana Menteri itu menerima hadiah wang tunai US$100 juta sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan beliau kepada dunia Islam.

Surat menggunakan kepala surat Pejabat Peribadi Saud Abdulaziz Majid Al Saud, bekas Gabenor Wilayah Madinah, turut menyebut hadiah itu adalah sempena persahabatan yang terjalin antara kedua-duanya dan sebagai menghargai idea-idea baharu Najib selaku pemimpin Islam moden.

Peguam Wan Aizuddin Wan Mohammed, ketika membacakan surat yang ditandatangani pada 1 Februari 2011, berkata antara lain putera itu memberikan Najib sejumlah US$100 juta sebagai hadiah yang akan dimasukkan ke dalam akaun beliau.

“Surat itu turut menyatakan bahawa Najib hendaklah memiliki budi bicara mutlak bagi menentukan bagaimana hadiah tersebut akan digunakan bagi mempromosi Islam agar ia terus berkembang dan putera berkenaan menambah baginda tidak mengharapkan sebarang faedah peribadi sama ada secara langsung atau tidak langsung susulan pemberian itu,” katanya.

Wan Aizuddin berkata demikian ketika menyoal saksi pendakwaan ke-37 iaitu R Uma Devi yang merupakan Pengurus Cawangan AmBank (M) Berhad Jalan Raja Chulan mengenai surat itu apabila merujuk beliau kepada dua dokumen berkaitan deposit berjumlah RM60.6 juta serta RM30.2 juta yang diterima oleh Najib antara Februari dan Jun 2011.

Wan Aizuddin: Adakah anda bersetuju bahawa terdapat kesimpulan yang tidak dapat dinafikan bahawa US$100 juta yang disebut dalam surat itu dan kedua-dua transaksi ini adalah hadiah peribadi? 

Uma Devi: Saya tidak boleh membuat kesimpulan kerana jumlahnya berbeza dan juga tidak pasti sama ada surat itu telah diberikan kepada pihak bank sebelum kedua-dua transaksi dilakukan.

Wan Aizuddin: Daripada pihak cawangan bank, surat ini tidak pernah dirujuk?

Uma Devi: Ya.

Saksi berusia 43 tahun itu turut memberi keterangan bahawa tiada tindakan diambil bagi menghentikan kemasukan US$620 juta ke akaun Najib pada Ogos 2013 kerana tiada amaran dikeluarkan kepada pihak bank apabila transaksi itu dilakukan.

Beliau berkata terdapat beberapa tanda amaran yang diteliti oleh bank seperti jumlah wang yang dipindahkan, tujuan dan pendedahan maklumat daripada pelanggan.

“Saringan akan dibuat berdasarkan kesemua tanda amaran ini. Pelanggan tidak akan dimaklumkan kerana ia akan menyebabkan mereka berjaga-jaga,” katanya sambil menambah pelanggan tidak akan dimaklumkan bagi membolehkan pihak bank menjalankan siasatan apabila terdapat tanda amaran.

Najib, 69, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Pertuduhan Terhadap Muhyiddin Jelas, Tidak Samar-Samar - Mahkamah Persekutuan

2

Semasa 4 hari yang lalu

Status Agama Islam: Mahkamah Tolak Rayuan Wanita

3

Semasa 4 hari yang lalu

Remaja 13 Tahun Mengaku Salah Bakar Anak Kucing

4

Semasa 6 hari yang lalu

Najib Dapat Persetujuan Kabinet Sebelum Luluskan Surat Sokongan Bon AS$3 Bilion

Sorotan

1

Mangsa Pokok Tumbang Sempat Diajar Mengucap – Saksi

2

Gaji Polis, Bomba Patut Naik Lebih Tinggi - Teresa Kok

3

KBS Pastikan Faisal Halim Dapat Rawatan Percuma Di ISN – Hannah

4

Malaysia Kekal Pendirian Tak Benar Syarikat Berdaftar Di Israel Jalan Aktiviti Dalam Negara

5

Faisal Halim Alami Kelecuran Tahap Empat, Pergerakan Dan Percakapan Terbatas - Shahril

6

Sivasangari Dinobatkan Atlet Terbaik April Oleh The World Games

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

MCMC Bakal Tingkatkan Capaian Internet Di Pulau Kapas, Pulau Gemia

oleh Fida Ruzki

Semasa 1 hari yang lalu

Pertuduhan Terhadap Muhyiddin Jelas, Tidak Samar-Samar - Mahkamah Persekutuan

Sukan 23 jam yang lalu

FAM Tingkat Kawalan Keselamatan Pemain Harimau Malaya Ketika Tugasan Rasmi

Semasa 14 jam yang lalu

Suspek Kedua Kes Simbah Asid Faisal Halim Direman 5 Hari - Polis

oleh Wartawan Getaran