web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kes Ebit Lew: Pengadu Takut Buat Laporan Polis Di Tenom - Saksi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Sep 2022 6:17PM

Ebit Lew - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pakar Motivasi yang juga saksi pertama pendakwaan kes gangguan seksual membabitkan pendakwah terkenal, Ebit Lew, memberitahu pengadu takut membuat laporan polis di Balai Polis Tenom, Sabah disebabkan ada saudaranya bertugas di situ.

Memetik portal Astro Awani, Mohd Fairuz Abu, 37, bagaimanapun berkata, dia sebelum itu ada mencadangkan supaya pengadu wanita kes tersebut membuat laporan di Sabah.

Katanya, pengadu terbabit memilih untuk membuat laporan polis di Bukit Aman selepas membuat perbincangan dengan suaminya.

“Ia datang daripada pihak pengadu sendiri dan suami sebabnya seperti yang saya sebutkan semalam.

“Pengadu memberitahu dia takut membuat laporan polis di Balai Polis Tenom disebabkan ada saudaranya yang bertugas di balai berkenaan.

“Tenom ini sebuah daerah kecil dan ramai orang boleh tahu kalau dia buat ‘report’ (laporan polis),” katanya ketika prosiding hari kedua berkaitan perbicaraan kes gangguan seksual dikaitkan dengan pendakwah itu.

Mohd Fairuz berkata demikian menjawab soalan peguam, Ram Singh, pada sesi pemeriksaan balas di Tenom, Sabah, hari ini.

Perbicaraan bagi sesi pagi berkaitan kes gangguan seksual dihadapi Ebit ditangguh pada 12.30 tengah hari tadi dan disambung semula jam 2.30 petang.

Terdahulu, Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew, 37, tiba di perkarangan Mahkamah Majistret Tenom kira-kira jam 10.15 pagi dengan berbaju merah marun dan berseluar hitam.

Ebit menghadapi 11 pertuduhan, antaranya didakwa mengaibkan kehormatan seorang wanita dengan menghantar gambar dan perkataan lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun tahun lalu.

Beliau dituduh melakukan perbuatan itu mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. - Getaran, 28 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Saksi Nafi Taruh Hati Pada Ebit Lew 

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Siasatan Gangguan Seksual Terhadap Wartawan Wanita Di Peringkat Akhir

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Gangguan Seksual Oleh Petugas Kempen: Saifuddin Jamin Siasatan Telus

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Dituduh Buat Gangguan Seksual, Qawiy Dicabar Sumpah Laknat Jika Benar Ia Fitnah

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam