web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jangkitan COVID-19 Naik Sedikit, 6 Kematian

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Sep 2022 10:00AM

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 23,883 kes aktif COVID-19 dilaporkan di seluruh negara. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Angka jangkitan baharu COVID-19 di negara ini kekal bawah 2,000 kes tetapi meningkat sedikit dengan 1,552 kes direkodkan semalam, berbanding 1,186 kes kelmarin.

Berdasarkan data laman sesawang COVIDNOW, angka terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan individu dijangkiti virus berkenaan meningkat kepada 4,834,560 kes setakat ini.

Jumlah direkodkan itu membabitkan 1,547 kes tempatan dan lima kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Sebanyak enam lagi korban COVID-19 direkodkan semalam dengan satu kes berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kematian mencecah 36,363 kes setakat ini dengan 7,732 daripadanya adalah kes BID.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 23,883 kes aktif COVID-19 dilaporkan di seluruh negara.

Daripada jumlah kes aktif itu, 95.2 peratus atau 22,741 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah, tiada kes dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), sementara 1,096 orang atau 4.6 peratus menerima rawatan di hospital.

Sebanyak 46 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 26 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Terdapat 1,684 kes sembuh direkodkan setakat semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih sepenuhnya daripada virus tersebut adalah sebanyak 4,774,314 kes. - Getaran, 28 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Jual Kanta Lekap Tidak Berdaftar, KKM Keluar 12 Notis Amaran

2

Semasa 8 bulan yang lalu

97 Kluster Jangkitan Influenza Dikesan Pada ME 40/2025

3

Semasa 8 bulan yang lalu

KKM Tawar Pemeriksaan Menyeluruh, Sokongan Psikososial Kepada Sukarelawan GSF

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi