web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Perlu Sedia Hadapi Risiko Bencana Empangan - NADMA

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Sep 2022 7:05AM

Walaupun teknologi mengatakan empangan tidak akan pecah, namun persiapan menghadapi sebarang kemungkinan tetap perlu dilakukan. - Gambar hiasan Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Semua agensi termasuk anggota komuniti perlu peka terhadap risiko bencana empangan bagi memastikan tahap kesiapsiagaan sentiasa berada pada tahap optimum terutama menjelang musim Monsun Timur Laut (MTL) November ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Bahagian Pelaksanaan Operasi) Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Meor Ismail Meor Akim berkata walaupun teknologi mengatakan bahawa empangan tidak akan pecah, namun persiapan menghadapi sebarang kemungkinan tetap perlu dilakukan.

"Di China dan Afrika misalnya, sudah ada kejadian empangan yang pecah, jadi kita kena bersedia dengan kemungkinan ini, walau bagaimanapun kita sangat berharap agar kejadian ini tidak berlaku.

"Jika berlaku (pecah) misalnya di Empangan Kenyir, air boleh naik sehingga 15 meter di kawasan sekitarnya dan kita perlu tahu apa tindakan yang patut dilakukan jika bencana besar seumpama ini berlaku," katanya kepada Bernama di sini, semalam.

Beliau berkata demikian pada program Latih Amal (Tabletop) Pelan Tindakan Kecemasan Empangan Kenyir yang dianjurkan dengan kerjasama NADMA, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan kerajaan negeri Terengganu di sebuah hotel di sini.

Sebanyak 26 jabatan dan agensi negeri serta persekutuan terlibat dalam latihan itu, selain turut melibatkan 14 agensi di peringkat empat daerah iaitu Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Marang.

Meor Ismail berkata tahap kesiapsiagaan sesebuah agensi yang berkaitan termasuk orang awam dalam menghadapi bencana adalah faktor penentu kejayaan sesuatu misi.

"Kita adakan latihan agar mereka bersedia, yang penting kita buat simulasi supaya penduduk di kawasan berdekatan faham dan bersedia. Antara yang perlu difahami misalnya bunyi siren di empangan sebab saya difahamkan bunyi siren ada macam-macam, ada amaran paras bahaya dan sebagainya, jadi penduduk kena faham jenis bunyi itu," katanya.

Katanya, sepanjang program latihan selama dua hari bermula Selasa itu, perbincangan (simulasi tabletop) dijalankan mengenai tindakan menghadapi bencana, manakala simulasi lebih besar (secara fizikal) melibatkan penduduk setempat akan dilakukan pada 26 Okt ini di Hulu Terengganu kerana ia paling hampir dengan Empangan Kenyir.

"Kita mendapat beberapa permintaan dari negeri-negeri lain untuk mengadakan program latihan dan simulasi empangan ini, tapi kita pilih Empangan Kenyir kerana mengambil pengajaran daripada kejadian banjir besar awal tahun ini.

"Pada ketika itu empangan tidak pecah, tapi apa yang berlaku ialah berlaku limpahan air akibat hujan lebat dan kita pilih Kenyir kerana terdapat empat daerah berdekatan yang akan terjejas jika berlaku kejadian empangan pecah iaitu Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Marang,” katanya.

Meor Ismail berkata antara pengisian dalam latihan tersebut termasuklah taklimat teknikal oleh jurutera TNB mengenai operasi Stesen Janakuasa Sultan Mahmud (SJSM) Kenyir, pembentangan impak bencana empangan serta pembentangan tindakan bencana empangan oleh peserta terlibat.

“Kita berikan kajian kes untuk peserta dan minta mereka bentangkan tindakan dalam tempoh beberapa minit sahaja. Bila berlaku bencana sebenar, tindakan pantas sangat penting, tidak boleh nak mesyuarat sejam pun untuk ambil tindakan.

“Agensi terlibat juga perlu faham isu-isu teknikal di empangan kerana saya dimaklumkan setiap empangan menggunakan teknologi berbeza dan di Kenyir misalnya, teknologinya agak lama dan cabaran banyak di Kenyir antaranya sebab ia merupakan kawasan pelancongan,” katanya.

Dalam pada itu beliau berkata NADMA sangat menghargai kerjasama semua pihak termasuk Jawatankuasa Pengurusan Bencana Terengganu dan TNB dalam menjayakan simulasi itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Panjat Pencawang Elektrik Setinggi 25 Meter: Bomba Selamatkan Lelaki Cuba Bunuh Diri

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Mangsa Banjir Di 3 Negeri Meningkat Sedikit Kepada 748 Orang Malam Tadi - NADMA

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Mangsa Banjir Di 4 Negeri Turun Kepada 3,002 Orang Setakat 8 Malam - NADMA

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Situasi Banjir Di Segamat Tidak Berubah, 43 Mangsa Di PPS

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 23 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad