web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Guan Eng Terus Gesa SPRM Siasat Isu Nik Mohamad Abduh, Pastikan ‘Ketelusan’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Sep 2022 9:23PM

Lim Guan Eng berkata, badan pencegahan rasuah itu sekurang-kurangnya perlu bertindak menyiasat dakwaan tersebut - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengerusi DAP, Lim Guan Eng terus menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat isu Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz memohon Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) menyediakan perkhidmatan dan peralatan bagi majlis perkahwinan anaknya, baru-baru ini.

Guan Eng berkata, badan pencegahan rasuah itu sekurang-kurangnya perlu bertindak menyiasat dakwaan tersebut.

“Sehingga hari ini tiada apa-apa tindakan (dari SPRM). Ini memang sesuatu perkara yang dikhuatiri menimbulkan syak wasangka terhadap kemungkinan penyalahgunaan kuasa, memandangkan ia dikatakan mencampur-aduk program yang didakwa kononnya program awam.

“Pada masa sama, diadakan satu program peribadi di mana kedua-dua anaknya dikatakan menjalankan majlis kenduri kahwin,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Terdahulu, Getaran melaporkan, surat tular mendakwa Nik Mohamad Abduh meminta MPKB menyediakan peralatan dan tenaga kerja bagi majlis perkahwinan anaknya adalah benar.

Ia disahkan sumber daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) itu dan memberitahu keperluan terbabit sudah mula dihantar sehari sebelum acara berlangsung, selepas mendapat arahan daripada pihak pentadbiran tertinggi MPKB.

Guan Eng kemudian menggesa SPRM menyiasat isu tersebut.

Beliau berkata, ia memandangkan terdapat laporan berita mendedahkan bahawa SPRM menyerbu Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 19 September lalu, dipercayai berkaitan projek tebatan banjir.

Justeru, beliau mempersoalkan adakah SPRM akan menyiasat Nik Mohamad Abduh atau menyerbu MPKB kerana salah guna kuasa membabitkan majlis perkahwinan berkenaan.

Dalam pada itu, Nik Mohamad Abduh menerusi Facebook semalam, tampil mengesahkan ada berbuat demikian.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada MPKB atas perkhidmatan dan bantuan diberikan PBT berkenaan.

“Saya akhirnya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak PDRM (Polis Diraja Malaysia), MPKB dan JKR (Jabatan Kerja Raya) yang menerima permohonan saya untuk turut sama membantu melancarkan majlis keraian serta jamuan rakyat kami, terutama dalam memastikan keselesaan pergerakan dan kelancaran lalu lintas yang agak sesak pada waktu puncak.

“Pihak MPKB sebagaimana biasa turut menyediakan tambahan tong-tong sampah bagi memudahkan urusan pungutan dan pemindahan sisa pepejal bagi menjamin kebersihan (kesihatan) serta keceriaan kawasan sekolah dan masjid Tok Guru yang perlu dipulihkan dengan cepat,” katanya.

Hari ini, Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan, Dr Izani Husin tampil memberi respons mengenai isu berkenaan dengan memaklumkan tidak timbul isu Nik Mohamad Abduh menyalahgunakan kuasa dalam membuat permohonan kepada MPKB berhubung kemudahan untuk majlis perkahwinan anaknya.

Izani berkata, ini kerana ia dilakukan mengikut prosedur betul.

Beliau berkata, mengikut prosedur biasa, sekiranya ada permohonan dibuat mana-mana pihak, MPKB akan membuat penilaian, sama ada boleh memenuhi permohonan itu atau sebaliknya dengan setiap kelulusan perlu disertakan bayaran.

Selain itu, Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan mempersoalkan sama ada bantuan diterima Nik Mohamad Abduh terbabit dibayar atau sebaliknya, terutama apabila program tersebut meminta bantuan agensi kerajaan, termasuk pihak polis.

“Kalau tidak (dibayar), bolehkah semua (orang) meminta seperti ini?” soalnya. - Getaran, 27 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Abdul Halim Mulakan Tugas Ketua SPRM, Lantikan Kontrak 2 Tahun

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Tamat Tugas Secara Rasmi, Azam Baki Ingatkan Jangan Sabotaj Ketua SPRM Baharu

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Perjanjian RM1.1 Bilion: Rafizi Sambung Beri Keterangan Di SPRM

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Siasatan Perjanjian Senjata RM1.1 Bilion Diperhebat, Rafizi Dipanggil Untuk Soal Siasat 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 23 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad