web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Nik Mohamad Abduh Akui Minta MPKB Sedia Perkhidmatan, Peralatan Kenduri Anak

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Sep 2022 11:58AM

Nik Mohamad Abduh bergambar bersama anggota bomba di majlis perkahwinan anaknya. - Gambar dari Facebook Nik Mohamad Abduh

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selepas beberapa hari mengunci mulut mengenai isu beliau didakwa meminta Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) menyediakan peralatan dan tenaga kerja bagi majlis perkahwinan anaknya, Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz tampil mengesahkan ada berbuat demikian menerusi penjelasan di Facebook hari ini.

Menerusi coretan panjang lebar dibuatnya sebagai menyatakan penghargaan kepada pihak dan tetamu yang memeriahkan acara itu, termasuk pemimpin politik daripada parti kerajaan serta blok pembangkang, beliau turut  mengucapkan terima kasih kepada MPKB atas perkhidmatan dan bantuan diberikan pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan.

“Saya akhirnya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak PDRM (Polis Diraja Malaysia), MPKB dan JKR (Jabatan Kerja Raya) yang menerima permohonan saya untuk turut sama membantu melancarkan majlis keraian serta jamuan rakyat kami, terutama dalam memastikan keselesaan pergerakan dan kelancaran lalu lintas yang agak sesak pada waktu puncak.

“Pihak MPKB sebagaimana biasa turut menyediakan tambahan tong-tong sampah bagi memudahkan urusan pungutan dan pemindahan sisa pepejal bagi menjamin kebersihan (kesihatan) serta keceriaan kawasan sekolah dan masjid Tok Guru yang perlu dipulihkan dengan cepat,” katanya.

Jumaat lalu, Getaran melaporkan, surat tular mendakwa Nik Mohamad Abduh meminta MPKB menyediakan peralatan dan tenaga kerja bagi majlis perkahwinan anaknya adalah benar.

Ia disahkan sumber daripada PBT berkenaan dan memberitahu keperluan terbabit sudah mula dihantar pada 23 September, iaitu sehari sebelum majlis berlangsung selepas mendapat arahan daripada pihak pentadbiran tertinggi MPKB.

“Kami pun sudah mendapat arahan pada hari ini (23 September) untuk menghantar kerusi, meja serta hiasan bunga bagi persiapan majlis anaknya esok (24 September),” katanya ringkas kepada Getaran.

Terdahulu, surat bertarikh 20 September memaparkan logo Pejabat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bachok tersebar di media sosial.

Surat ditandatangani Nik Mohamad Abduh itu diterima Yang Dipertua MPKB, Rosnazli Amin pada 22 September lalu.

Berdasarkan surat tersebut, Nik Mohamad Abduh meminta MPKB menyediakan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal, kerusi meja, hiasan bunga dan penguat kuasa kawalan lalu lintas sewajarnya demi melancarkan majlis perkahwinan anak beliau.

Perkara itu menerima reaksi kurang senang daripada pelbagai pihak, termasuk Pengerusi DAP, Lim Guan Eng yang menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat isu terbabit.

Katanya, keperluan siasatan itu memandangkan terdapat laporan berita mendedahkan bahawa SPRM menyerbu Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 19 September lalu, dipercayai berkaitan projek tebatan banjir.

Justeru, beliau mempersoalkan adakah SPRM akan menyiasat Nik Mohamad Abduh atau menyerbu MPKB kerana salah guna kuasa membabitkan majlis perkahwinan berkenaan.

“SPRM mesti menunjukkan bahawa suruhanjaya itu tidak mengamalkan sikap dua darjat antara MPKB dan MBSA.

“Sebab itulah SPRM perlu menyiasat Nik Mohamad Abduh dan sepatutnya menyerbu MPKB untuk melihat sama ada wujud salah guna kuasa oleh Ahli Parlimen ini atau sama ada pihak berkuasa tempatan (PBT) terbabit, cuba menutup kerjasama diberikan seperti diminta pemimpin berkenaan,” katanya menerusi kenyataan hari ini. - Getaran, 26 September 2022

 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Belia, NGO Perlu Tolak Rasuah, Salah Guna Kuasa - PM

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Penolong Pegawai Tadbir JHEAT Berdepan 24 Pertuduhan Salah Guna Kuasa

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Rasuah: Penjawat Awam Didenda RM30,000 Salah Guna Kedudukan, Jawatan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kes Salah Guna Kuasa: Rayuan Pendakwaan Terhadap Pembebasan Muhyiddin Ditetapkan 28 Februari

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 23 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad