web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


SPRM Digesa Siasat Isu Nik Mohamad Abduh, Jangan Amal ‘Dua Darjat’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Sep 2022 1:49PM

Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa menyiasat isu Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz meminta Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) menyediakan peralatan dan tenaga kerja bagi majlis perkahwinan anaknya.

Pengerusi DAP, Lim Guan Eng berkata, ia memandangkan terdapat laporan berita mendedahkan bahawa SPRM menyerbu Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 19 September lalu, dipercayai berkaitan projek tebatan banjir.

Justeru, beliau mempersoalkan adakah SPRM akan menyiasat Nik Mohamad Abduh atau menyerbu MPKB kerana salah guna kuasa membabitkan majlis perkahwinan berkenaan.

“SPRM mesti menunjukkan bahawa suruhanjaya itu tidak mengamalkan sikap dua darjat antara MPKB dan MBSA.

“Sebab itulah SPRM perlu menyiasat Nik Mohamad Abduh dan sepatutnya menyerbu MPKB untuk melihat sama ada wujud salah guna kuasa oleh Ahli Parlimen ini atau sama ada pihak berkuasa tempatan (PBT) terbabit, cuba menutup kerjasama diberikan seperti diminta pemimpin berkenaan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, Yang Dipertua MPKB, Rosnazli Amin sudah mengesahkan menerima permintaan kerjasama daripada Nik Mohamad Abduh.

Bagaimanapun, katanya, Rosnazli menarik perhatian orang ramai apabila enggan mengesahkan soalan mudah sama ada MPKB meluluskan permintaan kerjasama Nik Mohamad Abduh.

Menurut Guan Eng, permintaan Nik Mohamad Abduh untuk mendapatkan kerjasama daripada MPKB menimbulkan persoalan membimbangkan mengenai salah guna kuasa apabila beliau menggunakan kepala surat rasminya sebagai Ahli Parlimen Bachok.

“Nik Mohamad Abduh sepatutnya menjelaskan apakah dimaksudkan beliau apabila meminta kerjasama daripada MPKB untuk majlis perkahwinan anak perempuannya.

“Biasanya perkhidmatan daripada majlis tempatan ini boleh disediakan dengan bayaran atau pada kadar sewa tertentu yang ditawarkan kepada semua. Nik Mohamad Abduh tidak menawarkan untuk membayar sebarang bentuk bayaran atau kadar sewa dalam surat rasminya.

“Nik Abduh tidak perlu menggunakan kepala surat rasmi dan status Ahli Parlimen Bachok untuk mendapatkan kerjasama MPKB bagi acara persendirian keluarga yang tidak berkaitan dengan tugas awam kepada pengundinya,” katanya.

Kelmarin, Getaran melaporkan, surat tular mendakwa Nik Mohamad Abduh meminta MPKB menyediakan peralatan dan tenaga kerja bagi majlis perkahwinan anaknya adalah benar.

Ia disahkan sumber daripada PBT itu dan memberitahu keperluan terbabit sudah mula dihantar pada 23 September lalu selepas mendapat arahan daripada pihak pentadbiran tertinggi MPKB.

“Kami pun sudah mendapat arahan pada hari ini (kelmarin) untuk menghantar kerusi, meja serta hiasan bunga bagi persiapan majlis anaknya esok (24 September),” katanya ringkas kepada Getaran.

Terdahulu, surat bertarikh 20 September memaparkan logo Pejabat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bachok tersebar di media sosial.

Surat ditandatangani Nik Mohamad Abduh itu diterima Yang Dipertua MPKB, Rosnazli Amin pada 22 September lalu.

Berdasarkan surat tersebut, Nik Mohamad Abduh meminta MPKB menyediakan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal, kerusi meja, hiasan bunga dan penguat kuasa kawalan lalu lintas sewajarnya demi melancarkan majlis perkahwinan anak beliau.

Sementara itu, tindakan Nik Mohamad Abduh terbabit yang juga anak kepada mantan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mahu PBT menyediakan peralatan dan fasiliti bagi majlis perkahwinan anaknya, menerima kecaman netizen di media sosial.

Mereka berpendapat tindakan itu tidak wajar kerana tidak berlandaskan akhlak Islam, malah ada membandingkan sikap beliau dengan peribadi bapanya, iaitu mantan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sangat teliti dalam menjalankan tugas mengikut hukum sebenar agama. - Getaran, 25 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Belia, NGO Perlu Tolak Rasuah, Salah Guna Kuasa - PM

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Penolong Pegawai Tadbir JHEAT Berdepan 24 Pertuduhan Salah Guna Kuasa

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Rasuah: Penjawat Awam Didenda RM30,000 Salah Guna Kedudukan, Jawatan

4

Politik 2 tahun yang lalu

'YB Kepala Batas, Kamu Ada 48 Jam Untuk Kemukakan Bukti' - Guan Eng

Sorotan

1

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

2

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

3

Ibu Hamil Dituduh Mencuri: Lotus’s Mohon Maaf, Pekerja Dikenakan Tindakan Disiplin

4

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

5

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

6

Misteri Bau Busuk Terbongkar, Mayat Wanita Reput Ditemui Dalam Apartment

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ibu Hamil Dituduh Mencuri: Lotus’s Mohon Maaf, Pekerja Dikenakan Tindakan Disiplin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad