web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Permohonan Nik Mohamad Abduh Ikut Prosedur Betul, Bukan Salah Guna Kuasa

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Sep 2022 7:07PM

Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz di majlis perkahwinan anaknya - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tidak timbul isu Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menyalahgunakan kuasa dalam membuat permohonan kepada Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) berhubung perkhidmatan dan peralatan untuk majlis perkahwinan anaknya.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan, Dr Izani Husin berkata, ia kerana permohonan itu dilakukan mengikut prosedur betul.

Beliau berkata, mengikut prosedur biasa, sekiranya ada permohonan daripada mana-mana pihak, MPKB akan membuat penilaian, sama ada boleh memenuhi permintaan itu atau sebaliknya dengan setiap kelulusan perlu disertakan bayaran.

“Bila ada permohonan, pihak MPKB boleh lulus dan boleh tidak lulus. Jika lulus, ada dengan bayaran dikenakan, itu prosedur biasa,” katanya kepada media.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan, Dr Izani Husin berkata, ia kerana permohonan itu dilakukan mengikut prosedur betul - Gambar Fail
Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan, Dr Izani Husin berkata, ia kerana permohonan itu dilakukan mengikut prosedur betul - Gambar Fail

Menerusi penjelasannya, Izani berkata, kebanyakan persiapan pada majlis perkahwinan anak Nik Mohamad Abduh dibuat atas kapasiti individu, termasuk khemah kenduri, bukannya dari MPKB.

Katanya, khemah kenduri juga ditempah sendiri Nik Mohamad Abduh dan hanya jumlah tidak cukup sahaja dimohon dengan MPKB.

Bagaimanapun, Izani menjelaskan tidak semua permohonan diluluskan Yang Dipertua MPKB, Rosnazli Amin.

Sebelum ini, Getaran melaporkan, surat tular mendakwa Nik Mohamad Abduh meminta MPKB menyediakan peralatan dan tenaga kerja bagi majlis perkahwinan anaknya adalah benar.

Ia disahkan sumber daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) itu dan memberitahu keperluan terbabit sudah mula dihantar sehari sebelum acara terbabit, selepas mendapat arahan daripada pihak pentadbiran tertinggi MPKB.

Pengerusi DAP, Lim Guan Eng kemudian menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat isu tersebut.

Manakala, Nik Mohamad Abduh menerusi Facebook semalam, tampil mengesahkan ada berbuat demikian.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada MPKB atas perkhidmatan dan bantuan diberikan PBT berkenaan.

“Saya akhirnya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak PDRM (Polis Diraja Malaysia), MPKB dan JKR (Jabatan Kerja Raya) yang menerima permohonan saya untuk turut sama membantu melancarkan majlis keraian serta jamuan rakyat kami, terutama dalam memastikan keselesaan pergerakan dan kelancaran lalu lintas yang agak sesak pada waktu puncak.

“Pihak MPKB sebagaimana biasa turut menyediakan tambahan tong-tong sampah bagi memudahkan urusan pungutan dan pemindahan sisa pepejal bagi menjamin kebersihan (kesihatan) serta keceriaan kawasan sekolah dan masjid Tok Guru yang perlu dipulihkan dengan cepat,” katanya. - Getaran, 27 September 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi