web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pengundi Gombak Gagal Dapat Kebenaran Merayu Untuk Kembalikan Saman Terhadap Azmin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Sep 2022 2:13PM

Mohamed Azmin Ali - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Sepuluh pengundi berdaftar kawasan Parlimen Gombak gagal mendapat kebenaran untuk merayu daripada Mahkamah Persekutuan bagi mengembalikan semula saman mereka terhadap Ahli Parlimen Gombak Datuk Seri Mohamed Azmin Ali atas dakwaan menipu dan melanggar kewajipan fidusiari.

Panel tiga hakim yang diketuai Hakim Besar Malaya Tan Sri Azahar Mohamed hari ini menolak permohonan pengundi itu bagi membolehkan mereka meneruskan rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Dua lagi hakim ialah hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Vernon Ong Lam Kiat dan Datuk Rhodzariah Bujang.

Dalam keputusan sebulat suara itu, Azahar berkata persoalan undang-undang yang dikemukakan oleh peguam pengundi tersebut untuk penentuan Mahkamah Persekutuan, tidak memenuhi keperluan Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman 1964.

Beliau tidak membuat sebarang arahan mengenai kos dengan mengatakan bahawa perkara itu adalah kes kepentingan awam.

Dalam prosiding secara dalam talian, peguam K Shanmuga yang mewakili pengundi mengemukakan empat persoalan undang-undang, dengan menegaskan bahawa isu yang terlibat sama ada seorang ahli Parlimen yang telah membuat representasi semasa pilihan raya boleh melanggar janji yang telah dibuatnya.

Bagaimanapun, peguam Muhammad Nizamuddin Abdul Hamid yang mewakili Mohamed Azmin, berhujah bahawa bagi memperoleh kebenaran, pemohon perlu meyakinkan mahkamah bahawa persoalan undang-undang adalah baharu, mempunyai kepentingan awam dan dibangkitkan buat kali pertama seperti dikehendaki di bawah Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman.

Pengundi itu mahu saman mereka terhadap Mohamed Azmin dikembalikan dan dihantar semula ke Mahkamah Tinggi untuk dibicarakan. Saman itu dibatalkan oleh Mahkamah Rayuan pada 13 April lepas selepas membenarkan rayuan Mohamed Azmin.

Pada 27 November 2020, 10 pengundi itu memfailkan saman terhadap Mohamed Azmin, yang merupakan  Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, atas dakwaan menipu dan melanggar kewajipan fidusiari menerusi ‘Langkah Sheraton’ yang menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan tumbang pada Februari 2020.

Dalam pernyataan tuntutan mereka, pengundi tersebut antara lain memohon pengisytiharan bahawa Mohamed Azmin selaku Ahli Parlimen Gombak, telah melanggar kewajiban fidusiarinya, menipu serta memungkiri representasi yang dibuat kepada mereka dalam pilihan raya umum bagi kawasan berkenaan.

Mereka menuntut ganti rugi teruk dan teladan, kos dan perintah lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Pada 30 Jun tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Mohamed Azmin untuk membatalkan saman itu, mendorong beliau memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan yang kemudian memutuskan untuk memihak kepadanya dan membatalkan saman itu.

Dalam permohonannya, Mohamed Azmin mendakwa saman itu melanggar hak asasinya untuk kebebasan berpersatuan seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 10 Fasal (1) (c) Perlembagaan Persekutuan.

Peguam A Surendra Ananth dan Yohendra Nadarajan turut mewakili pengundi itu manakala peguam Nurul Najwa Zainuddin juga mewakili Mohamed Azmin. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 5 bulan yang lalu

Ikut Jejak Muhyiddin, Azmin, Peja Letak Jawatan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Hormati Keputusan Mahkamah Persekutuan, Kedudukan Perlembagaan Persekutuan - Sultan Selangor

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Mahkamah Persekutuan Berhak Batal Undang-Undang Sivil, Syariah Jika Bercanggah Dengan Perlembagaan - Peguam

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Keputusan Kes Nik Elin Tidak Jejas Mahkamah Syariah - Mohd Na'im

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 8 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam