web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Najib Bayar Lebih RM30 Juta Kepada Parti Politik Antara 2011, 2013

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Sep 2022 9:21AM

Najib Razak - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak mengeluarkan 19 cek berjumlah lebih RM30 juta kepada pelbagai parti politik, terutamanya dikaitkan dengan Barisan Nasional (BN) dan UMNO menurut saksi dalam perbicaraan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) membabitkan mantan perdana menteri itu.

Kenyataan saksi Pengurus Cawangan AmBank Berhad Jalan Raja Chulan R. Uma Devi, menyatakan bahawa pembayaran dibuat daripada akaun AmBank peribadi Najib berakhir nombor "9694" antara tempoh Mei 2011 dan Ogos 2013. 

Uma Devi, yang juga saksi pendakwaan ke-26 dalam perbicaraan rasuah 1MDB, berkata Najib mengarahkan RM30.3 juta ke dalam akaun beberapa organisasi politik.

Seorang penerima dengan nama "UMNO" menerima sebahagian besar dana sebanyak RM20 juta pada 1 Ogos 2013, diikuti UMNO Pahang yang mendapat RM1.76 juta melalui dua transaksi iaitu pada 4 Februari dan satu lagi pada 7 Mei 2012 . 

Jawatankuasa perhubungan parti yang masing-masing menerima bayaran RM1 juta ialah MCA Selangor, UMNO Kedah, UMNO Pahang, Puteri UMNO Selangor, dan Wanita UMNO Selangor. 

Parti politik lain yang menerima bayaran pada 2011 ialah UMNO bahagian Tun Razak (RM200,000 pada 28 Jun) dan UMNO bahagian Indera Mahkota (RM200,000 pada 11 Ogos).

Sementara itu, pada 2012, jumlah transaksi yang lebih ketara kepada parti politik telah dibuat, iaitu kepada “Skuad Sayang Parlimen Pekan” (RM50,000 pada 19 Januari), BN Selangor (RM400,000 pada 2 Februari), pusat khidmat Parlimen Hulu Selangor (RM300,000 pada 2 Mei) dan bahagian Wanita UMNO Pekan (RM40,000 pada 30 April).

Pada 21 Jun 2019, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memfailkan saman pelucuthakan sivil terhadap 41 entiti membabitkan parti politik, individu dan syarikat untuk mendapatkan semula RM270 juta, jumlah rampasan terbesar dalam sejarah agensi itu didakwa daripada dana 1MDB.

Beberapa entiti yang dinamakan dalam saman tersebut disebut dalam keterangan Uma Devi, termasuk Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Liberal Demokratik (LDP) Sabah.

Najib didakwa membayar RM500,000 kepada SUPP pada 9 Februari 2012 manakala LDP menerima RM1 juta pada 5 April tahun yang sama.

Kedua-dua parti tersebut, pada masa itu adalah komponen BN, sebelum memutuskan meninggalkan gabungan berkenaan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 2018.

LDP cuba menyertai gabungan Perikatan Nasional (PN) yang memerintah ketika itu pada Mac 2021, namun permohonan tersebut hanya ditolak Pengerusi PN dan Perdana Menteri ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Oktober. 

Pada 2 September 2021, Mahkamah Rayuan membenarkan bahagian UMNO Pahang yang dinamakan SPRM dalam saman pelucuthakan untuk menyimpan RM2.5 juta yang disita.

Prosiding yang sama menyaksikan UMNO mendapatkan semula dana RM192.9 juta manakala RM1.05 juta kekal milik UMNO Kedah dan Wanita MCA pula dibenarkan menyimpan RM300,000.

Uma Devi membacakan pernyataan saksinya di mahkamah semalam untuk memberi keterangan bahawa Najib menerima RM90 juta dalam dua transaksi antara Oktober dan November 2012, ke akaun peribadi Ambanknya berakhir dengan nombor "9694".

Pada Rabu lalu, media melaporkan UMNO Selangor dan Pergerakan Wanita UMNO negeri itu adalah antara penerima utama dana daripada akaun peribadi Najib, masing-masing berjumlah RM2 juta dan RM1.9 juta.

Ia menurut Pengurus Kanan AmBank Badrul Hisham Mohamad yang memberitahu Mahkamah Tinggi ketika itu bahawa cawangan UMNO lain turut menerima cek dikeluarkan Najib, seperti Pergerakan Wanita UMNO Selangor yang menerima RM800,000 pada September 2011 dan RM1.1 juta lagi pada Mac 2012. 

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung. – The Vibes, 27 September 2022

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Kes Dera Pembantu Rumah: 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan Semula 

oleh Wartawan Getaran