web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penyelewengan PenjanaKerjaya, SPRM Didesak Segera Umum Status Terkini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Sep 2022 8:27PM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didesak agar segera mengumumkan status kertas siasatan penyelewengan Program Insentif Pengambilan Pekerja (PenjanaKerjaya) - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didesak agar segera mengumumkan status kertas siasatan penyelewengan Program Insentif Pengambilan Pekerja (PenjanaKerjaya).

Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Kamil Munim berkata, perincian status tersebut tidak boleh dilengahkan kerana ia melibatkan kehilangan dana awam pada jumlah besar dan menjadi perhatian pelbagai pihak.

Menurut beliau, pendakwaan ke atas pelaku jenayah yang berkait dengan dana awam wajib disegerakan.

“Sekiranya kertas siasatan telah pun dihantar kepada Peguam Negara, apakah alasan pihak Peguam Negara melengah-lengahkan proses pendakwaan?

“Wujud keperluan mendesak untuk melaksanakan audit forensik bagi mengenal pasti kelemahan dan kelompongan dalam sistem penyaluran dana PenjanaKerjaya secara tuntas, bagi mengelakkan aktiviti penyelewengan serta salah guna kuasa terus berlalu,” katanya hari ini.

Kamil Munim berkata, perincian status tersebut tidak boleh dilengahkan kerana ia melibatkan kehilangan dana awam pada jumlah besar dan menjadi perhatian pelbagai pihak - Gambar Fail
Kamil Munim berkata, perincian status tersebut tidak boleh dilengahkan kerana ia melibatkan kehilangan dana awam pada jumlah besar dan menjadi perhatian pelbagai pihak - Gambar Fail

Pihak berkaitan tegas Kamil, wajar mencontohi langkah holistik yang diambil dalam menyiasat skandal kapal tempur pesisir (LCS) kerana ia melibatkan kepentingan umum.

Skandal PenjanaKerjaya ini jelas beliau lagi, telah membawa kepada penahanan 45 individu setakat 20 Julai lalu menerusi pelaksanaan Ops Hire di beberapa negeri bagi membantu siasatan.

“Ia dianggarkan melibatkan jumlah keseluruhan RM100 juta dan kami ingin tahu, apakah langkah susulan kerajaan susulan penahanan?

“Sehingga kini belum ada sebarang pendakwaan dibuat SPRM. Apa lagi yang ditunggu sebenarnya? Apakah bukti masih belum mencukupi dan siapakah sebenarnya individu yang bersalah,” katanya, sambil memberitahu, sudah sewajarnya status terkini kes tersebut diumumkan, memandangkan ia telah didedahkan sejak 16 bulan lalu.

Pada 19 Mei tahun lalu, Kementerian Sumber Manusia menerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menerima 1,758 aduan melibatkan bayaran meragukan, tuntutan palsu dan salah guna insentif bayaran gaji pekerja oleh majikan melalui PenjanaKerjaya - Gambar Fail
Pada 19 Mei tahun lalu, Kementerian Sumber Manusia menerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menerima 1,758 aduan melibatkan bayaran meragukan, tuntutan palsu dan salah guna insentif bayaran gaji pekerja oleh majikan melalui PenjanaKerjaya - Gambar Fail

Pada 19 Mei tahun lalu, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan mendedahkan, kementeriannya menerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menerima 1,758 aduan melibatkan bayaran meragukan, tuntutan palsu dan salah guna insentif bayaran gaji pekerja oleh majikan melalui PenjanaKerjaya.

“Susulan itu, PERKESO telah membekukan bayaran insentif berjumlah RM423 juta untuk program ini, seperti diumumkan

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Seri Mohammed Azman Aziz Mohammed pada 15 Julai lalu.

“Ops Hire pula telah berlangsung lebih dari dua bulan sejak tarikh tersebut. Adakah ia masih dijalankan oleh SPRM dan PERKESO hingga hari ini?” soalnya.

Tegas Kamil, kelewatan kerajaan mengheret semua penyeleweng berkenaan ke muka pengadilan dikhuatiri akan menimbulkan tanggapan buruk terhadap komitmen mereka serta Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dalam usaha memerangi endemik rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

“Adakah (kelewatan ini) kerana terdapatnya individu berkedudukan tinggi di sebalik penyelewengan seperti yang diragui? Menteri Sumber Manusia sendiri pun tidak menolak kemungkinan ada pimpinan MIC terlibat secara langsung dalam penyelewengan seperti dinyatakan beliau menerusi jawapan pertanyaan lisan di Parlimen 25 Julai lalu,” katanya. – Getaran, 26 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Keluarga Mangsa Pokok Tumbang Terima Bantuan, Menteri Tanggung Kos Kelas Memandu Anak Mangsa

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kementerian Komunikasi Teliti Mekanisme Terbaik Caruman PERKESO Untuk ‘Stringer’

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Hampir 5,000 Penggiat Seni Bakal Peroleh Manfaat Kerjasama FINAS, PERKESO - Fahmi

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Karnival Kerja Wanita MYFuturejobs PERKESO 2024 Tawar 10,000 Peluang Pekerjaan

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Politik 2 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad