web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


2 Beranak Maut Kemalangan Motosikal Selepas Langgar Ayam Hutan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Sep 2022 2:37PM

Hussin Zamora - Gambar FB

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA TINGGI - Dua beranak maut apabila motosikal yang dinaiki mereka melanggar seekor ayam hutan sebelum terbabas dan merempuh sebatang pokok di Kilometer 39.5, Jalan Kota Tinggi-Kluang, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Hussin Zamora berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian yang melibatkan motosikal jenis Yamaha MT-09 itu kira-kira pukul 8 malam.

Beliau berkata penunggang motosikal yang merupakan lelaki berusia 40 tahun itu dalam perjalanan dari Bandar Tenggara menghala ke Felda Penggeli Timur bersama anak lelakinya yang berumur sembilan tahun.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal ditunggangnya hilang kawalan akibat melanggar seekor ayam hutan yang secara tiba-tiba melintas jalan lalu terbabas ke kawasan rumput di bahu kiri jalan dan merempuh sebatang pokok.

“Akibat daripada kemalangan itu, kedua-dua mereka disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayat mereka dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata siasatan diteruskan bagi memastikan punca kejadian sebenar di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Suami Isteri Warga Emas Maut, 4 Cedera Kancil Bertembung Dengan Myvi

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Guru Rempuh Pelajar Hingga Maut Direman 2 Hari

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Budak Rusia Maut Disengat Obor-Obor Kotak, Pengusaha Pelancongan Langkawi Desak Tindakan Segera

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad