web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘BN Musuh PN’: PAS Dalam Dilema

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Sep 2022 1:55PM

Mohd Khairuddin berkata, istilah digunakan Muhyiddin itu ‘merosakkan’ usaha parti Islam berkenaan yang baru sahaja mahu membina semula jambatan dengan BN. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kedudukan PAS kini dalam dilema susulan kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Barisan Nasional (BN) adalah musuh gabungan itu.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, istilah digunakan Muhyiddin itu ‘merosakkan’ usaha parti Islam berkenaan yang baru sahaja mahu membina semula jambatan dengan BN.

“PAS baru sahaja berusaha membina kembali jambatan yang sudah mula terbakar dengan kenyataan oleh Setiausaha Agung PAS (Datuk Seri Takiyuddin Hassan) bahawa ‘BN bukan musuh PAS’.

“Ia talian hayat kerjasama politik, namun ia tidak disenangi setengah pihak yang akan terjejas dengan kerjasama MN ini,” katanya menerusi kenyataan.

Mohd Khairuddin yang juga mantan Ahli Jawatankuasa PAS berkata, MN sudah melakar sejarah kesatuan dalam kalangan umat Islam membabitkan dua parti politik terbesar Melayu Islam.

Katanya, kehadiran MN menakutkan pembangkang untuk berdepan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau berkata, ada antara parti pembangkang sudah membayangkan sekurang-kurangnya 28 kerusi Parlimen akan terlepas kembali ke tangan, sama ada UMNO atau PAS menerusi MN.

“Maka tidak pelik perancangan dibuat untuk membakar jambatan MN.

“Agenda untuk memecahkan MN sentiasa berjalan. Percikan api pertembungan antara PAS dan UMNO sangat mudah merebak. Hanya dengan sedikit minyak, api menjadi marak kerana mereka bertembung selama 45 tahun sejak 1978. Ahli PAS dan UMNO perlu berhati-hati dengan agenda perpecahan ini,” katanya.

Semalam, Muhyiddin dilaporkan berkata, semua parti komponen PN perlu sepakat bahawa musuh utama gabungan itu pada PRU-15 adalah BN.

Justeru, Pengerusi PN itu mengingatkan parti komponen PN supaya bergerak sebagai satu pasukan dengan hala tuju sama.

Muhyiddin berkata, parti dalam PN tidak sepatutnya membuat kenyataan atau menyatakan pendirian bertentangan antara satu sama lain.

“Apabila tiba masa PRU-15 diadakan, maka PN didukung BERSATU (Parti Pribumi Bersatu Malaysia), PAS, GERAKAN (Parti Gerakan Rakyat Malaysia), STAR (Solidariti Tanah Airku) dan SAPP (Parti Progresif Sabah) akan gerakkan semua jentera kita,” katanya. - Getaran, 25 September 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

YB Awie Ikrar Berkhidmat Tanpa Kira Warna Politik

2

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

3

Politik 1 tahun yang lalu

Peluang PN Cerah Di PRK Nenggiri - Penganalisis

4

Politik 1 tahun yang lalu

Kesepakatan BN, PH Bolehkan Jentera Parti PRK Sungai Bakap Berjalan Lancar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad