web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Fat Leonard Hidup Mewah Dalam Tahanan Rumah, Buang 3 Plastik Besar Sisa Makanan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Sep 2022 9:43AM

Leonard Glenn Francis atau lebih dikenali sebagai Fat Leonard. - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Leonard Glenn Francis atau lebih dikenali sebagai Fat Leonard menikmati kehidupan yang mewah walaupun dikenakan tahanan rumah, dakwa beberapa pekerja.

Menurut laporan The Washington Post, tiga bekas pekerjanya mendakwa, Francis dibekalkan dengan begitu banyak makanan, dan tiga bungkusan besar plastik mengandungi sisa perlu dibuang.

Pengawal keselamatan, Ricardo Buhain mendakwa, beberapa pembantu rumah turut diambil bekerja bagi melayani kerenah keluarga Francis.

“Mereka benar-benar berkhidmat untuk beliau. Ada pembantu khas untuk memandikan kesemua anaknya dan menyediakan makanan pada setiap masa.”

Buhain mendakwa, beliau diambil bekerja selepas diperkenalkan kepada Francis oleh seorang daripada doktor beliau, dan diberi gaji AS$10,000 (RM45,785) setiap bulan.

Anthony Galvan yang kemudian menggantikan Buhain dipetik sebagai berkata, dia menerima gaji AS$7,500 (RM34,338) sebulan ketika bekerja mengikut syif 12 jam, dan tidak pernah melihat ada pengawal keselamatan bertugas 24 jam di kediaman tersebut.

Masanya, jelas beliau, dihabiskan dengan membuka bungkusan barangan yang dibeli secara dalam talian dan pesanan berupa perabot serta pelbagai jenis buku diterima saban waktu.

Selain daripada unit pangsapuri, Francis menginap di tiga kediaman peribadi yang membolehkan dia hidup teramat selesa dan mewah - dengan penginapan ketiga terdiri daripada sebuah rumah agam yang memiliki lima bilik tidur dan tujuh bilik mandi, serta terletak di kejiranan berpagar yang disewa pada harga AS$7,000 (RM32,049) sebulan sebelum dia melarikan diri dari San Diego.

Di rumah itu, Francis sepatutnya membawa krew produksi untuk mewawancara dirinya, kata seorang pembantu dikenali sebagai Perla Nation, yang membantu tugas pentadbiran pada bulan terakhir Fat Leonard dikenakan tahanan rumah.

Dia mendakwa tidak melihat kelibat mana-mana pengawal keselamatan atau log keselamatan walaupun berada di rumah itu beberapa hari seminggu.

Pada 22 September, Francis dicekup di Venezuela, dua minggu selepas dia memotong gelang kaki GPS dan melarikan diri dari rumahnya di San Diego.

Dia melarikan diri tiga minggu sebelum dijatuhkan hukuman selepas mengaku bersalah terlibat dalam apa yang disifatkan sebagai skandal rasuah terburuk Tentera Laut Amerika Syarikat (AS).

Dia boleh dijatuhkan hukuman penjara sehingga 25 tahun.

Pada 16 September, dilaporkan bahawa seorang daripada lima pegawai Tentera Laut AS yang terbabit dalam skandal itu, bekas Panglima Bruce Loveless terlepas daripada hukuman selepas Pendakwa Persekutuan San Diego mengenepikan semua pertuduhan.

Selain dituduh menerima hidangan mewah, bilik hotel mewah dan hiburan oleh pelacur yang dibayar Francis, pendakwa juga berkata, kesemua defendan menerima rasuah untuk membekalkan Francis dengan maklumat sulit.

Mereka juga dituduh menyalahgunakan kedudukan masing-masing untuk memastikan kapal yang berlabuh diselenggara oleh syarikat milik Francis yang berpangkalan di Singapura, Glenn Defence Marine Asia.

Syarikat itu didakwa meletakkan harga melebihi jumlah sepatutnya iaitu lebih daripada AS$35 juta (RM147 juta). - The Vibes, 25 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Fat Leonard Ditahan Ketika Cuba Naik Pesawat Di Venezuela 

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Fat Leonard Nikmati ‘Kelonggaran’ Tahanan Rumah Beberapa Tahun Sebelum Melarikan Diri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 12 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar