web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Fat Leonard Nikmati ‘Kelonggaran’ Tahanan Rumah Beberapa Tahun Sebelum Melarikan Diri

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Sep 2022 3:30PM

Leonard (tengah) berdepan hukuman penjara kerana menawarkan rasuah kepada pegawai tentera laut AS. - Gambar ihsan Tentera Laut AS

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Nampaknya Leonard Glenn Francis, warga Malaysia yang digelar Fat Leonard menikmati tahap kelonggaran sekuriti yang tinggi ketika menjalani hukuman tahanan di rumahnya.

Francis, anak kelahiran Pulau Pinang yang berdepan hukuman penjara kerana menawarkan rasuah kepada pegawai tentera laut AS sebagai pertukaran kontrak bekalan lumayan, melarikan diri daripada tahanan rumah di San Diego, Ahad lalu.

Menurut transkrip mahkamah, peguam Francis berjaya mendapatkannya cuti perubatan yang kemudiannya disoal siasat pada hujung tahun 2020.

Pasukan pembelaan juga mendakwa bahawa anak guam mereka terlalu uzur sehingga tidak boleh dirawat di Biro Penjara AS.

Pelarian itu diisytiharkan sihat oleh pakar bedah San Diego tetapi peguamnya menegaskan bahawa Francis mempunyai masalah kesihatan lain.

Cuti perubatannya dilanjutkan sehingga 23 Mei ini, lapor Associated Press.

Hakim mahkamah daerah AS, Janis Sammartino juga bimbang bahawa pengaturan tahanan rumah menyaksikan Francis membayar firma keselamatan swasta yang bertanggungjawab bagi menjaga keselamatannya.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan berapa ramai pengawal yang ditempatkan di premis itu.

Pada Disember 2020, hakim diberitahu bahawa premis itu dibiarkan tanpa kawalan selama tiga jam apabila seorang pengawal pergi makan tengah hari.

Semasa perbicaraan itu, dia turut diberitahu bahawa tiga anak Francis dan ibunya tinggal bersamanya.

Pasukan pembelaan telah meminta kebenaran bagi membenarkan Francis menghantar anak-anaknya ke sekolah dan pergi ke kedai runcit.

Sejak itu, tiada transkrip awam dikeluarkan mengenai tahanan rumahnya.

Ketika ini, 10 agensi persekutuan, negeri dan tempatan AS telah diarahkan memburu Francis.

Pihak berkuasa Mexico juga telah dimaklumkan tentang tindakan Francis yang menyaksikan besar kemungkinan dia lari ke sempadan negara itu memandangkan jarak dari rumahnya hanya mengambil masa selama 40 minit.

Terdapat juga notis dari Perkhidmatan Marshal AS yang merayu maklumat daripada orang awam.

Perkhidmatan Penyiasatan Jenayah Tentera Laut, yang menerajui kes besar-besaran terhadap Francis lebih sedekad lalu, turut membantu dalam usaha memburunya.

Timbalan Penyelia Marsyal AS, Omar Castillo berkata, Francis memotong gelang pemantauan GPSnya pada Ahad.

Polis tempatan menyedari perkara itu apabila mereka melakukan pemeriksaan kebajikan terhadap Francis selepas dihubungi oleh agensi persekutuan yang memantau individu itu.

Castillo berkata, jiran turut memberitahu pihak berkuasa bahawa mereka melihat sebuah trak bergerak keluar masuk dari rumah Francis, sehari sebelum dia melarikan diri.

Francis dijadualkan hadir ke mahkamah pada 22 September ini untuk perbicaraan hukuman di mana dia boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga 25 tahun.

Dia ditahan di San Diego pada 2013 dan mengaku bersalah pada 2015 atas kesalahan merasuah beberapa pegawai tentera laut berpangkat tinggi selain menipu tentera laut sekurang-kurangnya AS$35 juta (RM147 juta pada kadar pertukaran sekarang) dengan bayaran berlebihan.

Francis bukan sahaja membekalkan barangan keperluan seperti minyak dan makanan tetapi dilaporkan juga mengatur pekerja seks untuk kakitangan tertinggi tentera laut AS dalam kes yang memalukan kerajaan negara tersebut.

Semasa ditahan di sebuah rumah di San Diego, Francis bekerja sebagai saksi yang bekerjasama untuk pihak pendakwa yang membina kes terhadap beberapa orang lain yang terlibat, termasuk pegawai tentera laut.

Pendakwa raya persekutuan AS dilaporkan telah memfailkan pertuduhan jenayah ke atas 33 individu, termasuk puluhan pegawai tentera laut yang dikaitkan dengan skandal Fat Leonard.

Leonard dipercayai mula merasuah tentera AS apabila dia dijemput menghadiri sebuah majlis pada 4 Julai yang diadakan kedutaan AS di Malaysia.

Di situ dia dilaporkan bertemu dengan pegawai tentera laut dan atase. - The Vibes, 8 September 2022

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Kira-Kira 1.7 Juta Penduduk Semenanjung Gaza Terpaksa Tinggalkan Kediaman

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Fat Leonard Hidup Mewah Dalam Tahanan Rumah, Buang 3 Plastik Besar Sisa Makanan

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Fat Leonard Ditahan Ketika Cuba Naik Pesawat Di Venezuela 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 15 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad