web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Fat Leonard Ditahan Ketika Cuba Naik Pesawat Di Venezuela 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Sep 2022 1:08PM

Leonard dilaporkan memotong gelang peranti pemantauannya sebelum melarikan diri dari kediamannya di San Diego, Carlifornia. - Gambar Tentera Laut AS

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli perniagaan warga Malaysia, Leonard Glenn Francis yang sebelum ini melarikan diri daripada tahanan rumah sejak lebih dua minggu lalu selepas terlibat dengan skandal rasuah membabitkan Tentera Laut Amerika Syarikat (AS), dilaporkan ditahan pihak berkuasa Venezuela.

Portal berita NBC News melaporkan, Leonard atau lebih dikenali sebagai ‘Fat Leonard’ yang berasal dari Pulau Pinang ditahan semalam selepas pihak berkuasa Venezuela menerima maklumat dari Polis Antarabangsa (Interpol).

Jurucakap pihak berkuasa AS memaklumkan, dia ditahan ketika cuba menaiki pesawat untuk melarikan diri ke negara lain.

Setakat ini, Leonard akan terus ditahan di Venezuela sementara menunggu pihak berkuasa AS melakukan proses ekstradisi.

Leonard dilaporkan memotong gelang peranti pemantauannya sebelum melarikan diri dari kediamannya di San Diego, Carlifornia pada 4 September lalu, beberapa minggu sebelum hukuman ke atasnya diputuskan pada 22 September ini.

Sebelum ini, perkhidmatan Marsyal Amerika Syarikat (AS) menawarkan ganjaran sehingga AS$40,000 (RM179,920) untuk mendapatkan maklumat tentang Fat Leonard.

Leonard yang mengendalikan firma kontraktor tentera berpusat di Singapura, pertama kali ditahan pada 2013 ketika operasi dilancarkan agensi persekutuan di sebuah hotel di San Diego.

Dia disyaki terlibat dalam skim rasuah melibatkan beberapa pegawai Tentera Laut AS dengan menawarkan rasuah termasuk perkhidmatan seks sebagai pertukaran untuk mendapatkan kontrak.

Pada 2015, Leonard mengaku bersalah menawarkan wang suapan berjumlah kira-kira AS$500,000 (RM2.24 juta) kepada pegawai Tentera Laut AS untuk memperoleh kontrak dan dikatakan turut mengaut keuntungan sebanyak AS$35 juta (RM157 juta) akibat kos bayaran secara berlebihan.

Dia dikatakan mengalami beberapa masalah kesihatan termasuk barah buah pinggang yang menyebabkannya diletakkan di bawah tahanan rumah pada 2018 di samping menjadi saksi kerjasama untuk pendakwa raya persekutuan. – Getaran, 22 September 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 5 bulan yang lalu

Penahanan Maduro Langgar Perundangan Antarabangsa, Cabuli Hak Negara Berdaulat - Anwar

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Tetap Solat Walaupun Tangan Diikat

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Angkara Aksi Drift, Lelaki Ditahan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

5 Ditahan Pukul Lelaki Hingga Maut Di Semenyih

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan