Berita Terkini

8 jam yang lalu: Seludup dadah, 9 PATI Thailand ditahan di Korea Selatan 8 jam yang lalu: Afghanistan terima bantuan tunai US$40 juta 8 jam yang lalu: Dewan Rakyat lulus pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 8 jam yang lalu: Pemimpin parti politik komited capai sasaran 30 peratus wanita calon PRU-15 10 jam yang lalu: DUN Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang hanya akan bubar tahun hadapan - Majlis Presiden Pakatan Harapan

IKUTI KAMI


Polis Iring Thaksin Dan Yingluck Atas Faktor Keselamatan

Semasa Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 23 Sep 2022 5:30PM

Yingluck Shinawatra dan Thaksin Shinawatra - Gambar Facebook Yingluck Shinawatra

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Polis Pulau Pinang mengesahkan bekas perdana menteri Thailand Thaksin Shinawatra dan adik perempuannya Yingluck Shinawatra berada di negeri ini dan pihaknya menugaskan beberapa anggota untuk mengiringi mereka atas faktor keselamatan.

Ketua Polis negeri Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata penugasan mengiringi kedua-dua individu itu dilakukan kerana mereka dikenali ramai dan orang berkepentingan memandangkan kedua-duanya adalah bekas perdana menteri negara jiran itu.

"Kawalan keselamatan itu diberikan kepada mereka kerana bimbang kemungkinan jika ada pihak yang (mempunyai) niat tidak baik terhadap mereka.

“Kami polis menjalankan tugas demi keselamatan, tiada isu lain dan saya rasa isu tersebut tidak perlu dipolitikkan kerana polis hanya menjalankan tugas dalam aspek menjaga keselamatan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohd Shuhaily berkata sekiranya perkara yang tidak diingini berlaku ke atas Thaksin dan Yingluck, semua pihak akan menyalahkan atau menunding jari kepada polis kerana gagal menjaga keselamatan orang awam dan pelancong yang datang ke negeri ini.

"Saya jaga Pulau Pinang, oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk memastikan keselamatan di sini terjamin. Jika jadi apa-apa, siapa yang akan dicari dahulu, mesti polis," katanya.

Dua hari lepas, gambar Thaksin dan Yingluck tular di media sosial yang menunjukkan mereka berada di beberapa lokasi popular di Pulau Pinang untuk menikmati makanan dan berjalan-jalan.

Yingluck dalam cacatan Facebooknya turut memuat naik 16 keping gambar semalam dan dalam hantaran itu, beliau dan abangnya juga dilihat menikmati pelbagai jenis makanan tempatan.

Dalam catatan itu, Yingluck berkata ini merupakan lawatan kedua beliau ke Pulau Pinang selepas sekian lama akibat penularan COVID-19 dan turut mengambil gambar dengan beberapa mural dan seni lukisan dinding yang terkenal di Lebuh Armenian.

Pasangan adik-beradik itu hidup dalam buangan selepas digulingkan dalam rampasan kuasa tentera.

Thaksin dilantik sebagai Perdana Menteri Thailand pada 2001 dan digulingkan dalam rampasan kuasa pada 2006 selepas dituduh terbabit dalam rasuah dan tidak menghormati sistem beraja negara itu. 

Yingluck pula adalah Perdana Menteri wanita pertama Thailand dan berkhidmat mulai 2011 hingga 2014 sebelum digulingkan dalam rampasan kuasa, namun bertindak melarikan diri dari negara berkenaan selepas berdepan tuduhan kecuaian menjalankan tugas. - Bernama

Sorotan

1

Apa Keperluan Adakan PRU-15 Ketika Banjir?, Kepercayaan Terhadap PM Masih Solid

2

Berani Mengaku Bersalah, Zul Ariffin Dipuji Netizen

3

Kerajaan Tak Bercadang Tawar Ganjaran Kesan Jho Low, Red Notice Sudah Memadai

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Setapak Dikenal Pasti Lubuk Doktor Gigi Palsu - Khairy

Politik 1 hari yang lalu

Undang-Undang Lompat Parti Kuat Kuasa Esok - Wan Junaidi

oleh Aiman Sadiq

Semasa 12 jam yang lalu

Kes Dana 1MDB: Shafee Mohon Maaf Beri Kenyataan Media Berkaitan Kes

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Kenal Pasti 2, 3 Suspek Lagi Kes Culik Ejen Kosmetik