web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Thaksin, Yingluck Teruja Bercuti Di Pulau Pinang, Kongsi Gambar Naik Beca

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Sep 2022 4:14PM

Thaksin Shinawatra dan Yingluck Shinawatra - Gambar Facebook Yingluck Shinawatra

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dua beradik yang juga mantan Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra dan Yingluck Shinawatra memilih Pulau Pinang sebagai destinasi percutian mereka.

Perkara itu dikongsi Yingluck menerusi satu hantaran di Facebook miliknya, kelmarin.

Beliau turut berkongsi 15 keping foto dalam album bertajuk Penang2022 yang memaparkan pasangan adik-beradik itu bersiar-siar di sekitar pusat bandar dengan menaiki beca.

Mereka turut dilihat berkunjung ke Pasar Lebuh Cecil dekat George Town dan menikmati hidangan terkenal di situ antaranya, rojak pasembur, char kuetiau, cendol dan ais kacang.

Thaksin Shinawatra dan Yingluck Shinawatra dilihat berkunjung ke Pasar Lebuh Cecil dekat George Town dan menikmati hidangan terkenal di situ antaranya, rojak pasembur, char kuetiau, cendol dan ais kacang
Thaksin Shinawatra dan Yingluck Shinawatra dilihat berkunjung ke Pasar Lebuh Cecil dekat George Town dan menikmati hidangan terkenal di situ antaranya, rojak pasembur, char kuetiau, cendol dan ais kacang

Pada masa sama, Thaksin, 73, dan Yingluck, 55, kelihatan ceria dan tidak kekok bergambar dengan masyarakat setempat yang menyedari kehadiran mereka di sekitar kawasan yang menjadi tumpuan pelancong itu.

Mereka juga dilihat teruja bergambar di beberapa lokasi lukisan mural popular di sekitar Lebuh Armenian dan Lebuh Cannon.

“Datang ke Pulau Pinang buat kali kedua. Setelah sekian lama datang mencari kenangan lama bersama abang.

“Bandar di sini banyak berubah. Nampak suasana Phuket di negara kita. Rindu. Makanan pun sama,” tulisnya dalam hantaran tersebut.

Dalam pada itu, Yingluck turut memuji keindahan kawasan tarikan pelancong di sekitar bandar raya itu.

“Di sini sering mempunyai tempat bergambar di sepanjang laluan pejalan kaki atau kedai untuk orang ramai mengambil gambar sebagai kenangan.

“Saya mahu bandar pelancongan kita bertambah baik dengan mempunyai lebih banyak tempat yang tidak dapat dilupakan dan (orang ramai boleh) mengambil gambar,” katanya.

Mereka juga dilihat teruja bergambar di beberapa lokasi lukisan mural popular di sekitar Lebuh Armenian dan Lebuh Cannon
Mereka juga dilihat teruja bergambar di beberapa lokasi lukisan mural popular di sekitar Lebuh Armenian dan Lebuh Cannon

Menurut Yingluck, ia ada percutian amat bermakna bagi dirinya selepas seluruh dunia diancam wabak COVID-19 sejak lebih dua tahun lalu.

“Dalam tempoh pasca COVID-19, orang ramai cenderung mengikuti trend media sosial untuk mengambil gambar dan melancong. Begitu juga saya dan abang saya.

“Oleh itu, saya mengambil peluang untuk pergi dan mencari beberapa pencuci mulut untuk dimakan. Ia membuatkan saya agak merindui rumah. Sila jaga kesihatan,” katanya.

Sejak dimuat naik pagi semalam, hantaran itu mendapat 80,000 tanda suka dan dihujani ribuan komen di kalangan warganet.

Thaksin pernah memimpin Thailand sejak 2001 sebelum digulingkan dalam rampasan kuasa pada 2006.

Adiknya, Yingluck pula adalah Perdana Menteri wanita pertama di Thailand dan memimpin negara tersebut antara 2011 dan 2014. - Getaran, 23 September 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 14 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad