web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Polis Belum Terima Notis Perhimpunan Tolak PRU Awal

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Sep 2022 9:23PM

Polis menasihatkan penganjur untuk tidak mengadakan perhimpunan tersebut. - Gambar hiasan dari fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis belum menerima sebarang notis pemakluman daripada parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) yang merancang untuk mengadakan Himpunan Tolak PRU Awal di depan Kompleks Sogo Sabtu ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya sudah menasihatkan penganjur untuk tidak mengadakan perhimpunan tersebut.

"Setakat ini pihak polis tidak menerima sebarang notis pemakluman mengikut peruntukan undang-undang.

"Jika diadakan juga, pihak polis akan mengambil tindakan tegas sepertimana yang diperuntukan oleh undang-undang," katanya hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai penganjuran perhimpunan Tolak PRU Awal yang dijangka diadakan Sabtu ini.

Mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012, sebarang perhimpunan perlu dimaklumkan kepada ketua polis daerah sekurang-kurangnya lima hari sebelum dianjurkan. 

Semalam, Ahli Jawatankuasa Eksekutif MUDA, Nurainie Haziqah Shafii memaklumkan, pihaknya merancang untuk mengadakan protes terhadap pilihan raya di musim tengkujuh.

Tindakan tersebut dirancang susulan kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang dilaporkan berkata, parti tersebut bersedia meredah banjir demi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Bagaimanapun, ia mendapat kecaman hebat pelbagai pihak terutamanya Pakatan Harapan (PH) yang tidak mahu merisikokan rakyat terutamanya musim tengkujuh sinonim dengan bencana banjir. - Getaran, 22 September 2022

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Demi Palestin, Ratusan Ribu Penuhi Jalan Raya Di London 

2

Semasa 2 tahun yang lalu

SPRM, Kerajaan Bantah Permohonan MUDA Rujuk Siasatan Hakim Nazlan Ke Mahkamah Persekutuan

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Ribuan Berkumpul Di Luar Parlimen UK, Desak Gencatan Senjata Di Gaza

4

Politik 2 tahun yang lalu

Syed Saddiq Lepas Jawatan Presiden MUDA, Mahu Fokus Bersihkan Nama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek