web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


AirAsia Pecah Rekod Dengan Menjual 500,000 Tempat Duduk Dalam 48 Jam

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Sep 2022 7:16PM

Promosi lima juta tempat duduk percuma AirAsia baru-baru ini menyaksikan 500,000 tempat duduk terjual hanya dalam tempoh 48 jam. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Promosi lima juta tempat duduk percuma AirAsia baru-baru ini menyaksikan 500,000 tempat duduk terjual hanya dalam tempoh 48 jam, langsung memecahkan rekod jualan tertinggi sehari sejak pandemik COVID-19.

Dalam satu kenyataan hari ini, pengendali syarikat penerbangan tambang rendah itu, Capital A Bhd berkata pencari nilai telah mengambil tempat duduk percuma itu setiap minit untuk ke destinasi jarak dekat kegemaran mereka seperti Langkawi, Pulau Pinang dan Kota Kinabalu di Malaysia. 

Pilihan luar negara yang paling popular pula merangkumi Phuket, Krabi serta Chiang Mai di Thailand, Bali di Indonesia dan Cebu di Filipina.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Tan Sri Tony Fernandes berkata jualan pecah rekod itu, yang diraih melalui media tradisional telah melepasi rekod jualan harian pra-COVID syarikat penerbangan tersebut sebanyak 230,000 pada Januari 2020. 

Ketua Pegawai Komersial Kumpulan Karen Chan berkata permintaan kukuh itu mencerminkan prospek masa hadapan yang positif bagi syarikat itu.

"Kami teruja melihat permintaan yang begitu tinggi untuk perjalanan pasca COVID dan kami yakin ini hanya permulaan. 

"Kami dalam perniagaan untuk merealisasikan impian menjadi kenyataan dan segala usaha kami membuahkan hasil yang amat berbaloi apabila melihat pesawat kami sekali lagi, dipenuhi dengan penumpang yang mengembara dan teruja," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

 Alamak, ‘Aircond’ AirAsia Lupa ‘Service’ Ke Tu?

2

Jelajah 2 tahun yang lalu

Dapatkan Pas ASEAN Explorer  Pada Harga Promosi RM999

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Gunung Ruang Meletus: Malaysia Airlines, AirAsia Batal Penerbangan 

4

Ekonomi 2 tahun yang lalu

AirAsia Sambung Laluan Penerbangan Antara Pulau Pinang, Kuching Dan Kota Kinabalu

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 4 jam yang lalu

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran