Berita Terkini

4 jam yang lalu: Johor bentuk jawatankuasa pelaburan khas tangani isu dihadapi pelabur - Menteri Besar 4 jam yang lalu: Mustafa Sentop tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi 4 jam yang lalu: Warga asing maut selepas pergaduhan di pusat hiburan 4 jam yang lalu: Nombor telefon peribadi PM UK dijual dalam talian - laporan 4 jam yang lalu: Indonesia tubuh jawatankuasa khas siasat rusuhan bola sepak

IKUTI KAMI


Cukai Tertunggak Lebih RM1.7 Bilion: Najib, Nazifuddin Berjaya Gantung Penghakiman

Semasa Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 21 Sep 2022 12:01PM

Najib Razak (kiri) dan Mohd Nazifuddin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Datuk Seri Najib Tun Razak dan anak lelakinya Datuk Mohd Nazifuddin hari ini berjaya mendapatkan perintah untuk menggantung pelaksanaan penghakiman terus diperoleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam kes cukai tertunggak berjumlah lebih RM1.7 bilion dihadapi mereka sementara menunggu pelupusan rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Perintah itu direkodkan oleh panel tiga hakim terdiri daripada Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat dan Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Rhodzariah Bujang.

"Perintah untuk menggantung pelaksanaan penghakiman terus dibenarkan sementara menunggu pelupusan rayuan kedua-dua perayu di Mahkamah Persekutuan," kata Tengku Maimun dalam prosiding yang dijalankan melalui sidang video, hari ini.

Terdahulu, peguam Muhammad Farhan Muhammad Shafee, yang mewakili Najib dan Mohd Nazifuddin memaklumkan kepada panel tiga hakim bahawa LHDN selaku responden tidak membantah permohonan dua beranak itu untuk menggantung pelaksanaan penghakiman terus diperoleh LHDN sementara menunggu rayuan mereka diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan.

Perkara itu turut disahkan oleh Peguam Kanan Hasil Al-Hummidallah Idrus mewakili LHDN.

Pada 10 Mei lepas, Najib dan Mohd Nazifuddin diberi kebenaran oleh Mahkamah Persekutuan untuk meneruskan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan permohonan LHDN memasukkan penghakiman terus itu bagi mendapatkan semula lebih RM1.7 bilion cukai tertunggak daripada mereka.

Pada 2020, dua Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan LHDN untuk memasukkan penghakiman terus bagi mendapatkan semula tunggakan cukai sebanyak RM1.69 bilion daripada Najib dan RM37.6 juta daripada Mohd Nazifuddin, bagi tempoh antara 2011 dan 2017.

Penghakiman terus adalah apabila mahkamah memutuskan kes tertentu melalui hujahan tanpa mendengar keterangan saksi dalam perbicaraan.

Najib dan Mohd Nazifuddin gagal dalam rayuan mereka di Mahkamah Rayuan pada 9 Sept 2021 untuk mengetepikan penghakiman terus itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 19 jam yang lalu

Najib Dijanjikan Sumbangan Tambahan AS$1.17 Bilion Oleh Kerabat Diraja Arab Saudi - Saksi

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Maklumat Keadaan Kesihatan Najib Tetap Dirahsiakan - Dr Noor Hisham

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Wang RM60.6 Juta Masuk Dalam Akaun Peribadi Najib Pada 2011 - Pegawai Bank

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Masa Najib PM, UMNO Pernah Tetapkan Calon Mesti Bebas Rasuah

Sorotan

1

Wai Ching Cipta Rekod Baharu Di Space Needle, Seattle

2

‘Saya Akan Sekolahkan Kamu, Harap Guan Eng Tak Kecut’ - Saravanan

3

Syarikat Permainan Malaysia Catat Jualan Eksport RM124.67 Juta Di Tokyo Game Show

Disyorkan untuk anda

Sukan 4 jam yang lalu

Wai Ching Cipta Rekod Baharu Di Space Needle, Seattle

Semasa 18 jam yang lalu

Pengasuh Ditahan Kes Bayi 8 Bulan Diabai, Muka Ada Kesan Gigitan

oleh Farhana Farush

Semasa 19 jam yang lalu

Najib Dijanjikan Sumbangan Tambahan AS$1.17 Bilion Oleh Kerabat Diraja Arab Saudi - Saksi

Semasa 1 hari yang lalu

Naib Ketua Pemuda AMANAH Meninggal Dunia

oleh Aiman Sadiq