web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kesihatan Tak Memuaskan, Najib Terima Rawatan HRC

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Sep 2022 11:15AM

Najib Razak - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak disahkan dirawat di Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) susulan keadaan kesihatan yang tidak memuaskan.

Jurucakap Jabatan Penjara Malaysia berkata, Najib akan dihantar semula ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman penjara, sebaik sahaja menerima pelepasan perubatan pakar perubatan HRC atau Hospital Kuala Lumpur.

“Beliau terlebih dahulu dihantar ke HKL untuk rawatan oleh pakar hari ini dan HKL telah merujuk Datuk Seri Najib ke HRC untuk rawatan dan pemantauan lanjutan,” katanya.

Menurut jurucakap itu, adalah menjadi  tanggungjawab Jabatan Penjara di bawah Akta Penjara untuk menjaga kesihatan banduan termasuk kemudahan rawatan dan ubat-ubatan.

“Sebagai pihak berkuasa, selain melaksanakan hukuman yang telah dijatuhkan, merupakan tanggungjawab (jabatan) dalam memastikan tahap kesihatan seseorang banduan sentiasa dipantau dan dijaga. 

“Ini termasuk penyediaan kemudahan rawatan dan ubat-ubatan sebagaimana disyorkan oleh pegawai perubatan kerajaan,” katanya. 

Mantan Perdana Menteri itu dikatakan mengalami sakit perut ketika menjalani hukuman di Penjara Kajang, menyebabkan beliau dibawa ke HKL untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut . - Getaran, 21 September 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam