web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Banjir: Pengeluar, Pemborong Dan Peruncit Dibenar Simpan 30 Peratus Stok Tambahan - Rosol

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Sep 2022 6:26PM

Rosol berkata inisiatif itu adalah bagi memastikan bekalan barangan keperluan harian serta makanan mencukupi ketika negara berdepan bencana banjir yang dijangka lebih sukar kali ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengeluar, pemborong dan peruncit terpilih daerah dibenarkan menyimpan stok tambahan sebanyak 30 peratus daripada had simpanan lesen sebagai persediaan menghadapi bencana serta kecemasan.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Rosol Wahid berkata inisiatif itu adalah bagi memastikan bekalan barangan keperluan harian serta makanan mencukupi ketika negara berdepan bencana banjir yang dijangka lebih sukar kali ini. 

"Pemantauan rapi di peringkat pengilang, pemborong dan peruncit di seluruh negara dilakukan untuk memastikan kecukupan bekalan dan memudahkan tindakan segera sekiranya berlaku gangguan bekalan. Ini adalah persiapan awal supaya ketika berlaku bencana, rakyat tidak terkesan untuk dapatkan barangan keperluan. 

"Kita bukan sahaja pantau barang kawalan tetapi juga barangan yang mendapat permintaan tinggi ketika banjir seperti mi segera, lampu, ubat-ubatan, lampin pakai buang dan sebagainya," katanya pada sidang media selepas merasmikan program Love Local di Stesen PETRONAS Kota Damansara sempena Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) di sini hari ini. 

Beliau berkata usaha itu akan dilakukan di seluruh negara namun tumpuan diberikan kepada lokasi yang kerap berlaku banjir seperti pantai timur dan kawasan terkesan serta berisiko. 

"Kawasan tidak terkesan juga kita akan ambil tindakan kerana sekarang ini cuaca sukar diramal. Dahulu apabila bulan 11 dan 12, Terengganu dan Kelantan sahaja yang banjir tetapi sekarang ini negeri lain juga banjir. 

"Ini adalah persediaan awal supaya masalah bekalan barangan ini tidak berlaku. Kita akan mengadakan pertemuan dengan pemain industri dalam masa terdekat untuk menstruktur strategi bagi pastikan bekalan barang keperluan cukup," katanya. 

Pada 18 Sept lepas, kementerian itu menubuhkan jawatankuasa khas bagi menghadapi musim banjir dan jawatankuasa itu sudah merangka pelan tindakan khusus untuk memastikan bekalan makanan mencukupi ketika berlakunya bencana. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

KPDN Tubuh Jawatankuasa Teknikal Penstabilan Bekalan Dan Harga Barangan Keperluan Harian

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Jawatankuasa Khas Perkasa Mahkamah Syariah Terbuka Terima Pandangan Parti Politik - PM

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Harga Minyak Masak Botol Kekal Hingga 7 Januari

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Harga Minyak Masak 5kg Turun Kepada RM30.90 Bermula Selasa

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad