web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


SM Faisal Saman Caprice Atas Dakwaan Memfitnah Berhubung Kes Emilia

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Sep 2022 5:52PM

SM Faisal (kiri) memfailkan saman terhadap penyanyi rap Caprice, atas dakwaan memuat naik hantaran berbaur fitnah di Instagram miliknya. - Gambar fail Bernama/Caprice

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Datuk SM Faisal SM Nasimuddin Kamal memfailkan saman terhadap penyanyi rap Caprice, atas dakwaan memuat naik hantaran berbaur fitnah di Instagram miliknya, yang mengaitkan ahli perniagaan itu dengan kes bekas isterinya Emilia Hanafi.

SM Faisal, 43, selaku plaintif memfailkan saman itu di Mahkamah Sesyen di sini, menerusi Tetuan Akberdin & Co pada 15 Ogos lepas dengan menamakan Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 36, sebagai defendan.

Berdasarkan pernyataan tuntutan, SM Faisal mendakwa pada 27 Jun lepas, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur memerintahkan Emilia menjalani hukuman penjara selama tujuh hari, selepas didapati gagal mematuhi perintah pengkomitan mahkamah.

Dakwa plaintif, insiden tersebut diuar-uarkan dan dimanipulasi oleh Emilia atau pihak tertentu dengan berniat jahat (mala fide), melalui media massa atau elektronik secara meluas tanpa sebarang rujukan atau klarifikasi daripada pihak plaintif atau Mahkamah Syariah, berhubung kedudukan sebenar kes membabitkan plaintif dan bekas isterinya di Mahkamah Syariah.

SM Faisal mendakwa sehari selepas itu (28 Jun), defendan memburukkan plaintif atau Mahkamah Syariah dengan memuat naik video dan hantaran memfitnah, di Instagram defendan.

"Hantaran memfitnah itu mendapat publisiti meluas kerana defendan mempunyai lebih kurang 1.5 juta pengikut di Instagramnya dan hantaran tersebut dilihat atau disukai kira-kira 14,500 orang,” dakwa plaintif.

SM Faisal mendakwa hantaran fitnah itu antara lain membawa maksud bahawa beliau seorang lelaki yang kejam dan semberono mahu memenjarakan bekas isterinya, selain tidak bertimbang rasa dan bertindak agresif terhadap kaum wanita atau kanak-kanak.

Menurut plaintif, tindakan defendan itu menyebabkan beliau tertekan dari segi emosi selain dicemuh dalam kalangan masyarakat umum.

Dakwa ahli perniagaan itu, satu surat tuntutan bertarikh 7 Julai lepas telah dihantar bagi memohon supaya defendan menarik balik hantaran itu selain memohon maaf kepada plaintif, namun defendan gagal memenuhi tuntutan tersebut.

Turut dipohon perintah injunksi supaya defendan mengeluarkan dan memadamkan hantaran fitnah itu, selain memohon perintah untuk menghalang defendan atau wakilnya daripada mengganggu dan mengugut plaintif serta ahli keluarganya, sama ada secara lisan atau melalui media sosial.

Oleh itu, plaintif memohon ganti rugi am, ganti rugi punitif, ganti rugi teladan, ganti rugi teruk dan kos.

Peguam Datuk Akberdin Abdul Kader, yang mewakili SM Faisal ketika dihubungi pemberita hari ini, mengesahkan pemfailan saman fitnah itu dan memaklumkan 14 Okt ini ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Idah Ismail. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 14 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 3 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan