web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kes Dera 2 Beradik: Polis Rujuk Kertas Siasatan Dalam Masa Terdekat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Sep 2022 3:37PM

Polis akan merujuk kertas siasatan berhubung kes dua beradik yang disyaki didera ibu dan bapa saudaranya. - Gambar hiasan Pixabay

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Polis akan merujuk kertas siasatan berhubung kes dua beradik yang disyaki didera ibu dan bapa saudaranya di Taman Cahaya, Ampang, baru-baru ini ke Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, buat masa ini, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes terbabit.

“Kertas siasatan akan dirujuk ke DPP dalam minggu ini juga,” katanya ringkas hari ini.

Jumaat lalu, seorang kanak-kanak berusia lapan tahun diselamatkan ketika cuba membunuh diri dengan berdiri di luar tingkap tingkat empat di sebuah kondominium di Taman Cahaya.

Tindakan tersebut membongkar penderaan dialami kanak-kanak itu dan adik perempuannya yang berusia enam tahun, dipercayai dilakukan ibu serta bapa saudaranya, masing-masing berusia 33 dan 29 tahun.

Mohamad Farouk berkata, selepas kanak-kanak tersebut diselamatkan, pihaknya mendapati terdapat kesan lebam di belakang badan, kaki dan tangan mangsa dipercayai akibat didera.

“Kedua-dua beradik tersebut dihantar ke Hospital Ampang untuk pemeriksaan lanjut dan mereka kini diletakkan di bahawa pengawasan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya.

Ibu dan bapa saudara kedua-dua kanak-kanak terbabit kemudiannya direman selama lima hari sehingga esok untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001. – Getaran, 20 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 19 minit yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Semasa 52 minit yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

3

Semasa 21 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

4

Semasa 3 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan