Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kurangkan Jenayah Scammer, Kerajaan Perlu Ambil Tindakan Proaktif

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Sep 2022 6:09PM

Fahmi berkata, langkah berkenaan diyakini mampu mengurangkan jumlah jenayah penipuan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa mewujudkan pusat sehenti bantuan mangsa penipuan melibatkan agensi penguatkuasaan dan pusat koordinasi anti-scammer dengan menjadikan Bank Negara Malaysia (BNM) sebagai ibu pejabat.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, langkah berkenaan diyakini mampu mengurangkan jumlah jenayah penipuan atau penyamaran identiti yang sehingga kini mengakibatkan kerugian sehingga RM660 juta.

Menurut beliau, kerajaan masih tidak mengambil tindakan proaktif dalam mengurangkan jumlah jenayah seumpama itu.

“Sehingga ke hari ini, kita masih belum melihat atau mendengar langkah-langkah kerajaan yang mampu mengurangkan jumlah kes scammer dalam negara kita.

“Sistem pengesahan perbankan dalam talian (online banking) perlu diubah, iaitu dari SMS TAC kepada sistem yang lebih selamat dan tepat, contohnya pengesahan berdasarkan peranti berdaftar dengan bank,” katanya hari ini.

Jelasnya, arahan perlu dikeluarkan kepada bank dan institusi kewangan lain agar melakukan pengesahan menerusi kaedah panggilan bagi transaksi yang melibatkan jumlah besar dan/atau berulang.

“Kerajaan perlu menimbangkan satu mekanisme pampasan seperti Dana Pemulihan (Recovery Fund) yang sedang diusahakan Monetary Authority of Singapore, agar mangsa scammer boleh menerima bantuan pampasan sebaik mungkin,” katanya.

Fahmi memberitahu, ini termasuk pindaan ke atas akta berkaitan, bagi menjamin atau menyediakan insuran dan pampasan bagi simpanan yang terkesan dengan jenayah scammer.

“Kerajaan juga diminta mengarahkan semua syarikat telekomunikasi membuat hebahan khidmat awam, menggunakan melalui panggilan telefon mirip skrip dan dialog scammer sebagai amaran kepada orang awam.

“Semua bank juga disarankan untuk meletakkan lampiran khas pada laporan tahunan masing-masing, mencakupi jumlah kes penipuan dan kecurian yang berlaku dalam sebarang transaksi kewangan atas talian termasuk e-wallet,” katanya.

Langkah itu jelas beliau, membolehkan pemegang taruh dan orang ramai tahu kedudukan sebenar dan membuat keputusan berkaitan simpanan mereka.

“Perbincangan juga perlu diadakan pada kadar segera dengan pengusaha platform digital media sosial yang paling kerap disalahguna oleh scammer untuk aktiviti jenayah mereka.

“Ini bagi mengambil langkah-langkah pantas menghalang platform-platform tersebut dari terus disalahgunakan,” katanya.

Mengulas lanjut Fahmi berkata, pihak berkuasa harus segera mendakwa individu terlibat dalam jenayah berkenaan.

“Ini termasuk mendapatkan kerjasama ASEAN dan Polis Antarabangsa (INTERPOL) bagi menahan dan mengekstradisi penjenayah tersebut sekiranya berpangkalan di luar negara.

“Saya amat berharap tujuh langkah ini dapat dilaksanakan segera bagi membantu memastikan duit simpanan rakyat kekal selamat dan kepercayaan mereka terhadap sistem perbankan dalam talian terus kukuh,” ujarnya. - Getaran 19 September.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Kementerian Komunikasi Teliti Mekanisme Terbaik Caruman PERKESO Untuk ‘Stringer’

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Kementerian Komunikasi Kaji Gubal Akta Muzik

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Jaafar Onn Miliki Bakat Unik, Tersendiri - PM

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

8 Jenazah Nahas Helikopter Disembahyangkan, Diberi Penghormatan Terakhir Ikut Istiadat

Luar Negara 23 jam yang lalu

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

Semasa 7 jam yang lalu

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

Semasa 3 jam yang lalu

Akaun Fleksibel KWSP Bermula Baki Sifar Berkuatkuasa 11 Mei Ini

oleh Wartawan Getaran