web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pendakwaan Bantah Pernyataan Saksi Bekas Setiausaha Akhbar Ahmad Zahid

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Sep 2022 4:06PM

Ahmad Zahid Hamidi hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pendakwaan dalam perbicaraan kes Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkaitan Yayasan Akalbudi (YAB) hari ini membantah sebahagian pernyataan saksi bekas setiausaha akhbarnya, Mejar Jeneral (B) Datuk Fadzlette Othman Merican Idris Merican.

Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran berkata sebahagian daripada pernyataan Fadzlette, yang juga saksi pembelaan kedua akan menjejaskan karakter bekas Setiausaha Eksekutif Ahmad Zahid, Mejar Mazlina Mazlan@Ramly dan beberapa bahagian pernyataannya adalah tidak relevan dan tidak boleh diterima.

“Seksyen 153 Akta Keterangan 1950 perlu diguna pakai bagi memastikan bukti berhubung kredibiliti, yang telah dibangkitkan sebelum ini, tidak boleh dibangkitkan semula kerana kredibiliti Mejar Mazlina telah pun dicabar semasa pemeriksaan balas pihak pembelaan. (Jika tidak) isu kolateral tidak akan berakhir,” katanya.

Hari ini dijadualkan giliran Fadzlette memberi keterangan pada perbicaraan Ahmad Zahid. Fadzlette ialah setiausaha akhbar Ahmad Zahid semasa menjadi timbalan perdana menteri dan kini beliau adalah pengarah media untuk Presiden UMNO.

Raja Rozela berkata Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah mempunyai kuasa untuk mengawal berapa banyak bukti yang diperkenalkan melalui kenyataan saksi, selagi kenyataan itu relevan dengan isu utama dalam perbicaraan.

“... saksi ini ada di sini hari ini untuk membacakan (pernyataan)…  ia hanyalah kolateral, isu sekunder, fakta sekunder yang tidak ada kaitan langsung dengan fakta yang menjadi isu.

“Oleh itu Yang Arif, pernyataan di Perenggan 16 hingga 30, sama ada ia terpakai atau merujuk kepada Mejar Mazlina, mesti diputuskan sebagai tidak boleh diterima atas alasan ia adalah bukti kolateral,” hujah beliau.

Ketua pasukan pendakwaan itu membangkitkan bantahan tersebut kerana didapati pernyataan saksi Fadzlette mengandungi serangan terhadap karakter Mazlina, sebagai saksi utama pendakwaan.

Sementara itu, peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik memohon masa untuk menjawab bantahan pihak pendakwaan.

“Pernyataan saksi Fadzlette diberikan kepada pihak pendakwaan dalam tempoh 14 hari sebelum beliau datang untuk memberi keterangan. Tiada bantahan awal daripada mereka,” katanya.

Raja Rozela kemudian berkata pihak pendakwaan tidak perlu memberi notis tentang bantahan mereka kerana ini adalah peraturan pembuktian asas.

Hakim menangguhkan prosiding ke esok untuk pembelaan membuat penghujahan.

“Kita beri masa kepada pembelaan untuk menyelidik, jadi saya akan mendengar hujahan jawapannya pagi esok,” kata hakim itu.

Pada 30 Ogos, Ahmad Zahid akhirnya selesai memberi keterangan untuk membela diri selepas 17 hari berada di tempat saksi.

Ahmad Zahid, 69, menghadapi 47 pertuduhan iaitu 12 pertuduhan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit milik YAB. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 4 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 13 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar