web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ambil Gambar Undang Padah, SUKE Catat Nahas Pertama

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Sep 2022 2:17PM

Kemalangan tersebut melibatkan sebuah PERODUA Myvi dan seorang penunggang motosikal. - Gambar ihsan polis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan pengguna Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) menghentikan kenderaan di lorong kecemasan untuk menikmati pemandangan dan mengambil gambar sekitar lebuh raya baharu itu mengundang padah, selepas seorang penunggang motosikal cedera parah dek perbuatan itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.45 petang semalam, mangsa dikatakan melanggar sebuah kereta PERODUA Myvi dipandu seorang lelaki yang berhenti di lorong kecemasan tersebut, berhampiran Tol Bukit Teratai menghala ke Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, siasatan mendapati lelaki tersebut memberhentikan kenderaannya di lokasi terbabit untuk melihat pemandangan di atas lebuh raya berkenaan dan mengambil gambar.

Menurutnya, selang beberapa seketika, datang sebuah motosikal Suzuki dari arah belakang melanggar kenderaan tersebut yang sedang berhenti.

“Nahas itu menyebabkan kedua-dua kenderaan terlibat mengalami kerosakan, manakala penunggang motosikal tersebut mengalami kecederaan di bahagian kaki dan telah dibawa ke Hospital Ampang bagi mendapatkan rawatan.

“Ini adalah kemalangan pertama berlaku di lebuh raya SUKE yang dibuka bermula 16 September lalu,” katanya hari ini.

Mohamad Farouk berkata, kes disiasat mengikut Kaedah 16 LN (Lalu Lintas) 166/59 iaitu halangan sehingga menyebabkan kemalangan.

Individu yang cuai sehingga menyebabkan kemalangan katanya, boleh dikompaun sehingga RM300.

“Berhenti di lorong kecemasan adalah satu kesalahan dan boleh dikompaun sehingga RM300.

“Berhenti di lorong berkenaan secara sesuka hati boleh mengundang padah kepada diri sendiri dan juga pengguna jalan raya yang lain.

“Tindakan berkenaan boleh mengancam nyawa serta menyebabkan kemalangan jiwa,” katanya. - Getaran, 19 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Suami Isteri Warga Emas Maut, 4 Cedera Kancil Bertembung Dengan Myvi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan

3

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Jalan Kampung Tak Payahlah Laju-Laju Bang!

4

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Siapa Yang Bersalah?

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 23 jam yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran