web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Amang Seksual: 6 Kertas Siasatan Kes Pendakwah Selebriti Dirujuk Kepada TPR

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Sep 2022 7:03AM

Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah merujuk enam kertas siasatan membabitkan seorang pendakwah selebriti berkaitan kes amang seksual kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan selanjutnya,  Rabu lepas. 

Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin, berkata empat kertas siasatan berkaitan kes di Selangor dan dua di Negeri Sembilan yang dicadangkan untuk dituduh mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak Kanak.

"Manakala terdapat satu kertas siasatan di Kuala Lumpur yang masih dalam tindakan," katanya dalam kenyataan malam tadi. 

Beliau berkata sebanyak tujuh  laporan polis dibuat terhadap pendakwah selebriti berkenaan setakat ini dan individu berkenaan telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Media sebelum ini melaporkan seorang pendakwah selebriti lelaki ditahan polis untuk membantu siasatan kes melakukan amang seksual terhadap beberapa remaja lelaki bawah umur yang dipercayai dikenali selepas melakukan program motivasi di sekolah. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Abang Bas Didakwa, Mengaku Tidak Bersalah Buat Amang Seksual

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pengawal Keselamatan Mengaku Tak Bersalah Sumbang Mahram, Amang Seksual 2 Anak Perempuan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Tahan Guru Lelaki Disyaki Terbabit Kes Amang Seksual Murid

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 10 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini