web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ismail Sabri Jamin Komuniti India Tidak Akan Dipinggirkan Dalam Arus Pembangunan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Sep 2022 7:05PM

Ismail Sabri (dua kanan) di Majlis Pelancaran Briged MIC Kebangsaan di sini hari ini. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini memberi jaminan komuniti India di negara ini tidak akan dipinggirkan dalam arus pembangunan.

Mengambil semangat Keluarga Malaysia “no one will be left behind” (tiada siapa akan ketinggalan), Ismail Sabri berkata kerajaan telah meluluskan berbagai peruntukan dan inisiatif bagi masyarakat India khusus untuk membasmi kemiskinan, pembangunan sosial, sosioekonomi dan kesejahteraan kaum itu.

“Antaranya RM100 juta di bawah MITRA (Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia) bagi membasmi kemiskinan dan pembangunan sosial masyarakat India di bawah Kementerian Perpaduan. Sebanyak RM25 juta bagi program pembangunan usahawan masyarakat India.

“Ini antara inisiatif kerajaan untuk Keluarga Malaysia daripada masyarakat India.

“Sebagai tambahan terhadap usaha sedia ada mesyuarat Kabinet juga telah meluluskan untuk menubuhkan satu Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (JKMPSI) yang dipengerusikan oleh saya sendiri,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Briged MIC Kebangsaan dan Pameran Pencegahan Jenayah di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan dan Presiden MIC Tan Sri SA Vigneswaran.

Perdana Menteri berkata penubuhan jawatankuasa itu membuktikan Keluarga Malaysia daripada masyarakat India amat penting dalam pentadbirannya.

Beliau berkata ketika ini MIC sedang membuat libat urus dengan semua pihak berkepentingan sebelum semua cadangan daripada masyarakat India dibawa dalam mesyuarat JKMPSI dalam masa terdekat.

Selain itu, Ismail Sabri berkata kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia telah melaksanakan pelbagai latihan peningkatan kemahiran dan pemahiran semula, ekonomi gig serta program-program lain yang memberi manfaat kepada golongan belia India disamping kerajaan turut memperuntukkan RM50 juta untuk membantu usahawan dan peniaga kecil kaum India.

“Untuk AIMS (Program Mobiliti Antarabangsa Asia untuk Pelajar), sebanyak RM25 juta telah diperuntukkan untuk membantu pelajar-pelajar universiti daripada golongan B40. Perkara ini tidak pernah dilaksanakan sebelum ini.

“Walaupun ketika COVID-19 melanda negara tetapi peruntukan untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) tetap diberikan kepada SJKT seluruh negara dengan jumlah RM39 juta.

“Itu sewaktu COVID-19 dan saya yakin apabila keadaan pulih seperti biasa kita akan berikan peruntukan seperti yang telah kerajaan berikan sebelum COVID-19 melanda negara,” katanya.

Dalam pada itu, Ismail Sabri meluluskan peruntukan RM2 juta untuk pelajar-pelajar kaum India daripada golongan miskin tegar selain beliau bersetuju dengan cadangan Vigneswaran untuk meletakkan MITRA kembali di bawah Jabatan Perdana Menteri dan penubuhan Yayasan MITRA.

Mengulas mengenai Briged MIC, Perdana Menteri yakin pelancaran Briged MIC Kebangsaan itu mampu menjadi tonik tambahan kepada kemenangan BN dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau berkata Briged MIC yang terdiri daripada Wanita dan Pemuda MIC perlu sentiasa bergerak proaktif di setiap kawasan agar dapat menambah bilangan pengundi daripada komuniti India seterusnya memberi kemenangan besar kepada BN.

“Perkara ini membolehkan Briged MIC untuk menjadi satu platform yang bersifat universal dan mendekatkan diri dengan kumpulan sasaran. Langkah pemimpin MIC menubuhkan Briged MIC sejajar dengan tuntutan perkembangan politik semasa terutamanya dengan pelaksanaan Undi 18,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Palanivel Meninggal Dunia

2

Semasa 1 tahun yang lalu

SPRM Panggil Semula Ismail Sabri Khamis Ini

3

Politik 1 tahun yang lalu

‘Tahniah Pihak Yang Buat Ugutan, Hasrat Anda Sudah Tertunai’ - T Mohan

4

Politik 2 tahun yang lalu

MIC Janji Bantu Kempen PRK Kuala Kubu - PM

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad