web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Wajarkah PDRM Siasat Dakwaan ‘Troll Farm’? - Gobind

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Sep 2022 6:05PM

Gobind Singh Deo - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun digesa menyatakan sama ada wajar atau tidak dari segi undang-undang untuk pihak polis menyiasat dakwaan dibuat syarikat teknologi, Meta berhubung isu ‘troll farm’ (dalang di sebalik ‘troll pembangkang’) yang mengaitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo berkata, pada 6 Ogos lalu, dilaporkan bahawa terdapat dakwaan mengaitkan pihak PDRM dengan ‘troll farm’ yang menyokong pihak kerajaan, selain membidas mereka yang tidak menunjukkan sokongan.

“Meta juga dikatakan melaporkan menerusi Laporan Quarterly Adversarial Threat Report 2022, bahawa kira-kira 1,000 akaun Facebook dan Instagram, serta kumpulan dan halaman Facebook, dihapuskan kerana melanggar dasar yang menghalang ‘tingkah laku tidak sahih yang diselaraskan’ (CIB).

“Dakwaan dibuat Meta adalah perkara serius dan melibatkan kepentingan awam,” katanya menerusi kenyataan.  

Beliau menambah, PDRM secara terbuka menafikan dakwaan tersebut dan mengambil langkah untuk mengadakan siasatan lanjut mengenainya.

Pada 13 September jelasnya, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani menyatakan walaupun Bukit Aman pada mulanya menafikan dakwaan tersebut, isu terbabit masih lagi dalam siasatan.

“Walaupun siasatan terhadap isu ini adalah dialu-alukan, persoalannya adalah adakah wajar bagi pihak polis menyiasat perkara yang mereka sendiri dikatakan terlibat?   

“Adalah penting juga untuk dipersoalkan sama ada terdapat kelewatan di dalam siasatan dan sekiranya ada, adakah ini kerana siasatan ini terbabit dengan siasatan dalaman yang mungkin terpalit dengan konflik?” soalnya.  

Seterusnya, tambah Gobind, adalah penting untuk diperhatikan bahawa PDRM sudah menafikan dakwaan tersebut walaupun sebelum siasatan selesai.  

“Tidakkah di dalam keadaan ini terdapat konflik di pihak PDRM untuk menyiasat perkara tersebut?” katanya.  

Menurut beliau, Peguam Negara harus memberi arahan agar siasatan bebas dilancarkan terhadap dakwaan terbabit.  

Individu tidak mempunyai kaitan langsung dengan PDRM dan dakwaan itu, kata beliau, seharusnya memutuskan sama ada terdapat asas atau tidak ke atas dakwaan tersebut.  

“Memandangkan ini adalah isu berkepentingan awam yang melibatkan integriti pihak polis, adalah lebih baik jika sebarang siasatan sedemikian juga didedahkan kepada umum bagi meningkatkan ketelusan dan kredibiliti,” katanya. - Getaran, 18 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Dakwaan Sabotaj Negara: PDRM Ambil Keterangan 3 Individu - KPN

2

Semasa 6 bulan yang lalu

‘PDRM Tak Perlu Siasat Siapa Yang Kritik Saya’ - Anwar

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Cawangan Khas PDRM Agensi Perisikan Pertama Berjaya Bongkar Sel Kumpulan JI - Ayob Khan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Gesa Tindakan Tegas Terhadap Pihak Lakukan Kekacauan

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad