web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Peniaga Diingat Jangan Salah Guna Logo Halal - Idris

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Sep 2022 2:21PM

Peniaga diingatkan untuk tidak menyalahguna logo halal di produk-produk keluaran mereka sebagai alat untuk melariskan jualan - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Peniaga diingatkan untuk tidak menyalahguna logo halal di produk-produk keluaran mereka sebagai alat untuk melariskan jualan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad.

"Soal seperti ini saya harapkan peniaga jangan tipu, kita bukan nak halang orang lain makan tapi yang kita nak jaga ialah keperluan orang Islam itu sendiri.

"Jangan sampai menggunakan agama seperti ini, menggunakan tanda halal (palsu) semata-mata untuk beri nilai komersil pada produk jualan," katanya kepada media selepas merasmikan Persidangan Nadwah Ulama dan Ilmuan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) (NUIM): Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera di sini hari ini.

Idris berkata demikian ketika mengulas mengenai bungkusan produk gula-gula yang menggunakan logo tidak diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam (Jakim), dan kandungan gula-gula berkenaan didapati mengandungi bahan tidak halal.

Pada 11 Sept lepas Bahagian Hab Halal Jakim dalam hantaran Facebooknya mengesahkan bahawa produk gula-gula itu menggunakan logo halal yang tidak diiktiraf Jakim.

Terdahulu Idris dalam ucapan semasa merasmikan persidangan itu berkata aspirasi Keluarga Malaysia, Keluarga Sejahtera mengangkat tinggi nilai perpaduan serta membawa satu harapan besar untuk rakyat bersama-sama membantu memulihkan negara dan masyarakat yang terjejas teruk akibat krisis kesihatan awam COVID-19. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Umat Islam Dinasihat Pilih Restoran Ada Logo Halal JAKIM

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Trend salah guna media sosial sebar "New Malaysia" semakin membimbangkan - Bukit Aman

3

Semasa 3 tahun yang lalu

SPRM Tidak Pernah Salah Guna Kuasa Kenakan Syed Saddiq - Pegawai Penyiasat

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Pendakwaan Akan Buktikan Semua Kesalahan Syed Saddiq Berniat Jahat, Tidak Jujur

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan