Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Ejen Bawa Masuk Etnik Rohingya Turut Uruskan Kad UNHCR

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Sep 2022 12:06PM

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengesan etnik Rohingya warga Myanmar memasuki negara ini dengan menggunakan ejen yang turut menguruskan proses mendapatkan kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) - Gambar Fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TASEK GELUGOR - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengesan etnik Rohingya warga Myanmar memasuki negara ini dengan menggunakan ejen yang turut menguruskan proses mendapatkan kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, sehubungan itu, perkara terbabit akan diteliti secara mendalam oleh jawatankuasa di Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk tindakan selanjutnya.

“Saya sempat temu bual beberapa pemegang kad UNHCR warga Rohingya (dalam operasi JIM) semalam dan mereka membuat pengakuan masuk ke Malaysia melalui sempadan negara, iaitu Kedah dan Kelantan dari Thailand, malah mereka mengaku ia (masuk ke Malaysia) diuruskan ejen-ejen.

“Mereka juga mengaku ejen-ejen terbabit menguruskan perjalanan ke pejabat UNHCR di Kuala Lumpur untuk proses mendapatkan kad itu, perkara ini akan diteliti secara lebih mendalam oleh jawatankuasa di KDN.

“Mereka (etnik Rohingya) bukan beli (kad UNHCR) tapi mereka bayar kepada ejen antara RM5,000 hingga RM7,000 seorang dan ejen itu akan bawa ke pejabat UNHCR, pemahaman mereka kad itu dibeli tapi sebenarnya mereka membayar kepada ejen-ejen yang terlibat dalam menguruskan kemasukan mereka,” katanya kepada pemberita selepas operasi JIM di sebuah tapak projek perumahan di Kubang Menerong di sini, awal pagi tadi.

Sementara itu, Khairul Dzaimee berkata dalam serbuan itu, pihaknya memeriksa 36 warga asing yang bekerja di tapak pembinaan berkenaan sebelum menahan 25 orang termasuk seorang wanita kerana tiada dokumen perjalanan diri, tinggal lebih masa dan dokumen meragukan.

Katanya, mereka yang ditahan dalam operasi bermula pukul 11.15 malam tadi itu terdiri daripada 10 lelaki Bangladesh, lapan lelaki Indonesia, lima lelaki, seorang wanita Myanmar dan seorang lelaki Nepal.

“Semua warga asing itu dibawa ke depoh tahanan untuk siasatan lebih lanjut kerana terdapat dalam kalangan mereka menggunakan dokumen meragukan, khususnya pemegang kad UNHCR yang disyaki tidak tulen,” katanya.

Beliau berkata, operasi yang dijalankan itu adalah ke-261 dijayakan JIM Pulau Pinang sepanjang tahun ini dan seramai 193 warga asing, bersama 32 majikan ditahan kerana pelbagai kesalahan imigresen dalam tempoh tersebut.

“Walaupun jumlah pendatang tanpa izin yang ditahan dalam operasi itu tidak ramai berbanding jumlah operasi dijalankan, nilai kompaun dikenakan terhadap majikan serta warga asing lebih RM2.5 juta,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Sultan Nazrin Dilantik Pengerusi MKI Bagi Tempoh 2 Tahun 

2

Agong, Raja Permaisuri Zahir Penghargaan Kepada Warga Pekerja

3

AstraZeneca Akui Vaksin COVID-19, Covishield Mampu Timbulkan Masalah Darah Beku

4

Saya Perlu Dapatkan Semula Keyakinan Diri - Zii Jia

5

Pelaksanaan Hukuman Sebat Di Khalayak Di Bawah Bidang Kuasa Negeri - Mohd Na'im

6

90 Kes Jenayah Seksual Direkod Di Kelantan Dalam Tempoh 4 Bulan

7

MB Perlis Beri Keterangan Hampir 9 Jam Di SPRM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pelabur Arab Saudi Dipelawa Terokai Projek Bernilai Tinggi Malaysia - PM

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Fitnah MCMC, PDRM: Laporan Polis Dibuat Terhadap Murray Hunter

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Presiden Palestin Rakam Terima Kasih Kepada Kepimpinan, Rakyat Malaysia

Sukan 2 jam yang lalu

Aksi Pramusim Dalam Negara Turut Beri Kelebihan - Nafuzi 

oleh Rafisqi Radhi