web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ibu Saudara, Suami Ditahan Kes Dera 2 Kanak-Kanak

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Sep 2022 9:04AM

Suspek wanita adalah adik kepada ibu kandung mangsa dan menjaga dua adik-beradik itu sejak dua tahun lalu. - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis menahan sepasang suami isteri kerana disyaki mendera dua anak saudaranya di sebuah kondominium di Taman Cahaya, Ampang, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata, kedua-dua suspek, masing-masing berusia 29 dan 33 tahun itu ditahan pada kira-kira jam 6 petang.

Beliau berkata, suspek wanita berkenaan adalah adik kepada ibu kandung mangsa dan menjaga adik-beradik itu sejak dua tahun, selepas bapa kandung kepada kanak-kanak terbabit meninggal dunia.

Menurut Mohamad Farouk, ibu kandung kanak-kanak berkenaan tidak mahu menjaga mereka dan menyerahkannya kepada suspek untuk penjagaan.

“Selain itu, polis turut mengesan adik kepada mangsa lelaki, iaitu seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang juga mempunyai kesan kecederaan lebam di kaki, tangan dan belakang badan, juga dipercayai akibat penderaan,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata, kanak-kanak lelaki berkenaan didapati mempunyai kesan lebam di belakang badan, kaki dan tangan dipercayai akibat didera.

Mohamad Farouk berkata, suspek wanita berkenaan tiada pekerjaan dan rekod jenayah lampau, manakala suaminya merupakan pemandu grab dan mempunyai satu rekod jenayah lampau.

“Ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek didapati negatif daripada sebarang jenis dadah. Kedua-dua mangsa sudah dirujuk ke Hospital Ampang untuk pemeriksaan oleh pegawai perubatan dan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat juga dimaklumkan untuk tindakan penjagaan mangsa.

“Kedua-dua suspek akan dihadapkan ke Mahkamah Ampang hari ini untuk permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah,” katanya.

Mohamad Farouk berkata, kes terbabit disiasat di bawah seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana menganiayai kanak-kanak sehingga mengalami kecederaan fizikal dan emosi.

Terdahulu, seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang berada seorang diri di dalam rumah cuba terjun dan melarikan diri dari tingkap sebuah kondominium tingkat empat.

Susulan itu, bomba menyelamatkan mangsa dengan memecah masuk ke dalam rumah dengan bantuan pihak polis. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Dakwaan Sabotaj Negara: PDRM Ambil Keterangan 3 Individu - KPN

2

Semasa 6 bulan yang lalu

‘PDRM Tak Perlu Siasat Siapa Yang Kritik Saya’ - Anwar

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Cawangan Khas PDRM Agensi Perisikan Pertama Berjaya Bongkar Sel Kumpulan JI - Ayob Khan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad